Indonesia menjadi pilihan MotoGP untuk mengadakan acara litar. Litar Mandalika baru sahaja dibangunkan di Indonesia.
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, untuk MotoGP 2022 jumlah perlumbaan meningkat menjadi 21. Ada dua litar baru yang akan debut pada musim ini.
Walau bagaimanapun acara di litar tidak berjalan dengan begitu lancar akibat faktor cuaca yang berlaku di negara tersebut. Hujan lebat menyebabkan beberapa acara terpaksa ditangguh atas faktor keselamatan.
Pun begitu, nampaknya negara ini tidak mengambil masa yang lama untuk seluruh dunia mengenalinya. Dalam pada fenomena cuaca buruk berlaku, datang pula seorang bomoh tolak hujan!
Kehadirannya itu diharapkan agar dapat menghentikan hujan dan perlumbaan dapat dijalankan seperti biasa.
Video wanita itu dimuat naik sendiri oleh akaun rasmi MotoGP dengan kapsyen “The master…”
Tweet yang tular di laman Twitter
Malah, menerusi satu lagi hantaran, pihak MotoGP akui usaha bomoh perempuan itu berjaya!
Bomoh perempuan itu dilihat duduk di bawah hujan sambil membawa mangkuk seperti bersalutkan emas dan mengetuk-ngetuk mangkuk itu.
Bukan itu sahaja, dia turut dilihat berjalan berkaki ayam di sepanjang litar sambil menjulang-julang mangkuk yang diketuk-ketuknya tadi.
Walaupun dianggap karut, perkara tersebut secara tidak langsung melonjakkan lagi nama negara Indonesia!
Situasi itu bukan sahaja mengejutkan penonton dari luar negara, rakyat Indonesia juga terkedu dengan ritual yang dibuatnya itu.
Pelbagai reaksi diberikan oleh peminat MotoGP di Twitter. Ada yang malu, namun tak kurang juga yang ketawa melihat situasi itu!
Berikut antara respon yang diberikan orang ramai di Twitter