Ahli bina badan Iran, Sajad Gharibi yang juga digelar Hulk Iran mengumumkan akan menentang peninju dari Brazil tahun ini di dalam pertandingan MMA.
Menerusi Instagram, Sajad Gharibi yang mempunyai berat badan 176.9 kilogram dan setinggi 182.9 sentimeter itu mencabar sesiapa saja yang berani berlawan dengannya.
“Beranikan diri dan jemput saya bertarung, bukan bersembunyi di belakang penaja anda,”
Rentetan daripada itu, Hulk Brazil ataupun nama sebenarnya Romario dos Santos Alves yang berat badannya 104 kilogram, berkata dia mahu ‘mengoyakkan’ kepala Sajad.
Sajad telah mengumumkan menerima cabaran itu dan menjangkakan pertarungan akan dilakukan pada hujung tahun ini.
Jika dilihat pada fizikal, ternyata Sajad mempunyai kelebihan kerana badannya yang lebih besar berbanding Alves.
Walaubagaimanapun, segala kemungkinan boleh terjadi di dalam gelanggang nanti.