Connect with us

Selebriti

‘Humble’ & Tak Menunjuk, Netizen Dedah Fazura Pakai Jam Bernilai RM 4 Juta Buat Ramai Tercengang!!

Sebagai individu yang bergelar selebriti kita tidak dapat nafikan gerak geri, tingkah laku dan penampilan mereka ini sentiasa diperhatikan oleh golongan netizen. Jika silap sedikit, pasti ada sahaja perkara yang hendak dikecamnya.

Pun begitu, sama juga kisahnya dengan pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura ini yang sering mencuri tumpuan ramai malah gelagatnya bersama Fattah Amin sewaktu siaran langsung promosi tudungnya di TikTok juga turut menghiburkan.

Terdahulu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Binti Sharifuddin ini telah berkongsi beberapa foto dan video ketika menyambut ulang tahun kelahiran suaminya di laman Instagram. Kehadiran rakan-rakan mereka juga dilihat cukup memeriahkan lagi majlis tersebut.

Walau bagaimanapun, penampilan Fazura ketika majlis ulang tahun kelahiran Fattah Amin itu menarik perhatian netizen kerana jam tangan yang digayakan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @fazuralotsoflover ini, memaparkan gambar Fazura yang sedang memeluk suaminya itu dilihat memakai satu jam tangan didakwa berharga jutaan ringgit.

Pengguna ini juga mendedahkan satu tangkap layar harga dan jenama jam berkenaan yang berharga $885,00.00. Selepas ditukarkan ke ringgit Malaysia, harga tersebut mencecah 402,852.00.

Ramai yang menganggap pelakon ini sememangnya seorang yang mewah namun dia jarang menunjukkan hartanya. Ada segelintir yang mengatakan barang-barang yang berjenama ini sebenarnya adalah satu ‘investment’.


Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet telah memberikan pelbagai reaksi apabila melihat harga jam tersebut. Bukan itu sahaja, ada menyifatkan Fazura seorang yang ‘humble’ kerana tidak menunjuk-nunjuk aset serta kekayaan yang dimilikinya walaupun dari keluarga yang berada.

Namun, segelintir mengatakan jam yang digayakan pelakon ini tidak mencecah harga jutaan ringgit.

Antara komen warganet:

“Fazura slh sorg artis yg kaya tp dia tak menunjuk-nunjuk sgt humble dan bersederhana..”

“Patut la beli hermes macam beli ayam goreng je..”


“Lagi satu branded watch mcmni harga naik sama mcm value luxurious things yg lain. Thats why its called as investment.”


“TikTok ni kan baru lagi so tak ramai yang tahu Faz ni memang dari keluarga yang berada since forever, cuma recently je orang banyak reveal harta dia..”

“lain kak.. sye thu jam faz tu…tk smpai 1m pon”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@fazuralotsoflover😭😭😭♬ DJ BIWIR BEUREUM-BEUREUM JAWER HAYAM PANO COKLAT KOPI SUSU – RUNTAH – DJ MANIKCI REMIX

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 451.3k tontonan, 20.7k tanda suka, 341 komen, 815 simpanan, 346 perkongsian di laman TikTok.

Continue Reading
Advertisement