Sebelum ini media ada berkongsi tentang insiden yang telah menyebabkan seorang kanak-kanak menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.
Kanak-kanak tersebut yang bernama Arfan Ziqri baru saja berusia 2 tahun dan kini dalam jagaan bapa saudaranya.
Kisah sedih yang menimpanya itu amat menyentuh hati semua orang yang membacanya.
Terbaru, menerusi perkongsian di laman Facebook bapa saudaranya, Azuan Shamsuddin telah memuat naik gambar terbaru kanak-kanak tersebut.
Arfan dilihat berada berhampiran kubur ibu dan ayahnya bermain pasir berseorangnan.
Menurut Azuan, Arfan seolah-olah nak bercakap dengan arwah ibunya.
Petang ni bawak pergi kubur abi dan ibu, suka seolah-olah nak bercakap dengan ibu. Bila cakap ibu kat sini dia pun duk bu bu bu seolah memanggil.
Malah, Arfan seolah-olah tak mahu pulang ke rumah dan bermain pasir di kawasan kubur tersebut.
Taknak balik, suka duk main pasir situ, kat rumah tak main pasir pun.
Allahu jelas nampak dia rindu, tarik tangan nak balik pun takmau.
Nanti kita mai lagi ye Arfan.
Rasa rindu Arfan pada ibu dan ayahnya tidak terungkap dengan kata-kata.
Arfan juga kelihatan seperti tidak mahu berganjak apabila diajak pulang ke rumah.
Ternyata perkongsian yang dibuat oleh Azuandi di Facebook miliknya itu telah mengundang rasa sebak netizen.
Boleh dikatakan semua yang melihat foto itu telah menyuarakan rasa sedih di atas apa yang berlaku dan mendoakan agar anak kecil itu membesar sebagai insan yang hebat dan berjaya.
Arfan kini telah dijaga oleh keluarga bapa saudaranya, Azuan Shamsuddin.