Connect with us

Viral

Ibu & Ayah Sakan ‘Berkepit’ Masa Berjalan, Tak Perasan Seluar Anak Dah Terlondeh Habis!!

Alam perkahwinan ni takkan pernah sama dengan masa tengah bercinta dulu apatah lagi jika mempunyai anak. Dulu boleh senang lenang nak keluar ke mana tanpa ada gangguan. Boleh tengok wayang tanpa ada tangisan bayi, boleh ‘berkepit’ tanpa ada yang mengacau.

Namun kalau dah ada anak ni, tak sempat nak ‘berkepit’ dah kene tolak stroller baby. Tak sempat nak shopping, anak dah minta buatkan susu. Memang macam-macam ragam. Jadi kalau ada masa terluang yang anak tak ‘buat perangai, boleh la para ibu ayah sekalian bermanja-manja.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kelihatan pasangan suami isteri sakan ‘berdaing’ sampai terlupa melihat keadaan anak mencuri perhatian ramai.

Meneusi video yang dimuat naik oleh seornag pengguna Tiktok iaitu @christ_kanah_kualapenyu, kelihatan mereka pergi berjalan-jalan di pusat beli belah Suria KLCC sambil membawa anaknya.

Dapat kita lihat si ibu dan ayahnya berpegangan tangan dalam masa yang sama ayahnya juga turut memimpn anak yang sedang berjalan.

Pun begitu, apa yang melucukan adalah anak tersebut dilihat sudahpun separa bogel apabila seluarnya kelihatan terlondeh namun masih meneruskan perjalanan.

Tidak cukup dengan itu, dek kerana video tersebut menjadi tular, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada budak tersebut sempat meninggalkan komen dimana mengakui ayahnya tidak perasan seluar anak sudah pun terlondeh.

“ibu bapa jangan asyik berkepit jer.. nak marah ke nak gelak..” ujarnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@christ_kanah_kualapenyu Ibubapa Jan asyik berkepit jer #abcxyz #montakukualapenyucrew_fams #HARIMAUHAUSZ #kualapenyufamily_kpft #kualapenyucrew_fams #viral @Christoper Kanah Full ♬ Laughing – Gianluca Marino

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 159.7K tontonan, 7914 tanda suka, 562 komen dan 805 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur elihat kanak-kanak tersebut yang kelihatan sangat sukar untuk berjalan namun tetap eneruskan perjalanan seoah-olah tiada apa yang berlaku.

Bukan itu sahaja, para netizen juga sempat berseloroh mengatakan mungkin kanak-kanak tersebut meneruskan perjalanan kerana enggan mengganggu ibu dan ayahnya ‘berdating’

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.