Beberapa minggu lepas, pernah tular berkenaan kes seorang remaja perempuan berusia 20 tahun yang dikenali sebagai Nurshahira dihadapkan ke mahkamah selepas memuat naik status berbaur hinaan terhadap anggota polis di laman Facebook.
Nurshahira telah dijatuhi hukuman penjara selama 3 bulan dan denda RM10,000.
Namun begitu Nurshahira memaklumkan tidak mampu membayar denda sebanyak RM10,000 dan terpaksa menjalani dua bulan lagi hukuman penjara.
Isu tersebut menerima pelbagai respons dari netizen di mana ada yang bersimpati terhadapnya kerana usia yang terlalu muda.
Mengikuti rapat kes tersebut, seorang insan berhati mulia dikenali sebagai Muhammad Azlan Al-Amin, telah sudi untuk membantu Nurshahira.
Menerusi perkongsian di Facebook, Azlan bersama adik lelakinya telah pergi ke Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk menyelesaikan proses pembayaran denda serta permohonan ikat jamin Nurshahira.
“Menanti hari esok untuk ke MAHKAMAH TINGGI Alor Star bagi proses membayar denda serta permohonan ikat jamin serta merayu diringankan hukuman ke atas REMAJA PEREMPUAN DIPENJARA KERANA HINA POLIS.
“Semua Hotel tutup.Aku yang biasa tidur lena di Wakaf tengah sawah padi 10 tahun lalu tak pernah kisah bermalam dalam kereta bersama adikku @Amirul Abdullah. Ya,malam ini kami bermalam dalam kereta sementara menunggu subuh esok,in sya Allah
“Ramai kawan kawan dan kenalan hubungi aku meminta agar aku bermalam di rumah mereka.Aku hargainya sahabat,jutaan terima kasih.Tapi,izinkan aku menolaknya dengan penuh hemah.Aku tak ingin menyusahkan sesiapa,lagipun aku dah biasa dengan susah payah.Inilah namanya PENGORBANAN….”
Azlan juga berkongsi foto bersama ibu bapa Nurshahira yang kelihatan sebak selepas dapat bertemu dengannya yang sanggup datang membantu membebaskan anak mereka.
“Bersama Mak Ayah Syaherah di Mahkamah Alor Star,Kedah.Mereka hanya menangis lihat saya,mereka cakap tak ada apa boleh bagi.Saya kata,saya hanya mahu DOA”
Di dalam satu perkongsian terbaru, Azlan memaklumkan bahawa mahkamah telah menolak permohonan penggantungan hukuman sementara menunggu proses rayuan.
“Mahkamah Syesyen di Alor Star hari ini menolak permohonan Kami untuk PENGANTUNGAN HUKUMAN SEMENTARA MENUNGGU PROSES RAYUAN bagi kes (Remaja Perempuan hina Polis) NUSYAHERAH”
“Peguam kami akan segera membuat PERMOHONAN RAYUAN DI MAHKAMAH TINGGI dalam tempoh terdekat ini.
“Dalam gambar di bawah,kelihatan ayah kepada tertuduh yang tidak dapat menahan sebak di hadapan pintu masuk Kompleks Mahkamah Alor Star.”
Ternyata, bapa gadis tersebut tidak dapat menahan sebak mengenangkan nasib anak yang terpaksa menjalani hukuman penjara sementara peguam Azlan berusaha mendapatkan rayuan.
Tidak berputus asa, Amin memberitahu dia akan terus berjuang demi masa depan anak bangsa yang inginkan kehidupan yang lebih baik.
“Jangan bersedih,kita masih ada peluang! Dan saya akan terus berjuang bersama kalian demi masa depan anak anak bangsa yang inginkan kehidupan lebih baik setelah kesilapan semalam.”