Tambahan pula, bagi mereka yang sudah lama berusaha menanti cahaya mata sudah pasti gembira rasanya dengan kehadiran si kecil ini. Merekalah menjadi penyeri dalam rumah tangga yang dibina.
Namun apakan daya, tiada siapa mampu melawan takdir yang maha Esa. Ajal dan maut semua telah ditetapkan oleh Allah SWT. tidak kira muda mahupun tua. Kita sebagai hambanya harus reda menerima ketentuannya walaupun sudah pasti ia sesuatu yang sukar untuk diterima.
Seperti yang tular sebuah video di laman TikTok baru-baru ini apabila pasangan suami isteri telah menghiasi kubur anak mereka dengan tema Hello Kitty ketika menyambut hari raya telah mendapat perhatian ramai.
Persiaran raya dengan hiasi pusara anak
Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan suami isteri yang berasal dari Indonesia itu dilihat sedang tekun menghiasi kubur anak mereka.
Akan tetapi, apa yang lebih mendapat perhatian ramai adalah pasangan berkenaan dilihat menghiasi kubur anak mereka dengan tema Hello Kitty.
Malah, mereka juga telah mengecat batu dikeliling kubur itu dengan warna pink dan juga gambar Hello Kitty di batu nisan anak perempuan mereka.
“Boleh ke hias kubur dengan gambar kartun Hello Kitty?” – Netizen
Pada masa yang sama, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai pendapat dan reaksi mereka. Malah, ada juga yang mempersoalkan mengenai tema yang dipilih pasangan tersebut,
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.9M tontonan, 105K tanda suka dan 1,580 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di laman TikTok:
“Tanam dedaunan kak biar mereka ikut berzikir”
Video yang tular di laman TikTok