Connect with us

Viral

Ibu Cekik & Pijak Leher Anak Bengang Panggilan Tak Dijawab, Siap Video Call Suami

Ramai pasangan di luar sana yang masih menanti kehadiran cahaya mata selepas bertahun-tahun mendirikan rumah tangga.

Namun begitu, ada pula segelintir ibu bapa yang dimurahkan rezeki anak tetapi tidak menjaga amanah itu sebaik mungkin.

Berang suami tak jawab panggilan, anak jadi mangsa 

Begitu juga dengan satu kisah yang tular di media sosial apabila seorang isteri berang apabila si suami tidak menjawab panggilan telefon dan melepaskan kemarahan kepada anaknya.

Tergamak seorang wanita yang bergelar ibu bertindak mencekik dan memijak leher anak kandungnya.

Lakukan aksi tidak berperikemanusiaan itu sambil video call suami

Namun apa yang paling tidak disangka-sangka, wanita ini turut melakukan aksi tidak berperikmanusiaan itu sambil video call suaminya. Memang kejam!

Menerusi laporan yang dipetik daripada World Of Buzz, rakaman video insiden yang menimpa kanak-kanak perempuan dari Thailand ini telah tersebar di media sosial.

Anak kandungnya baru berusia 3 tahun

Rakaman video yang tular itu turut mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Apa yang tidak sangka, seorang ibu tergamak melakukan perkara seperti itu terhadap anak kandungnya yang berusia tiga tahun.

Gunakan anak sebagai umpan takutkan suami

Menurut sumber, wanita berkenaan nekad bertindak sedemikian kerana berang si suami yang bekerja di Bangkok tidak menjawab panggilan telefonnya sebelum ini.

Disebabkan itulah, wanita ini menggunakan anaknya sebagai ‘umpan’ untuk menakutkan serta membuatkan suaminya itu rasa bersalah.

Kanak-kanak itu menangis dan menjerit kesakitan

Wanita ini kemudian terus mendera anaknya secara fizikal sebaik sahaja selepas panggilan videonya dijawab oleh si suami.

Dari dalam video turut kelihatan kanak-kanak malang itu sudah menangis dan menjerit kesakitan selepas lehernya dicekik dan dipijak oleh si ibu.

Diperlakukan sedemikian sehingga kanak-kanak itu pengsan

Akan tetapi, wanita berkenaan langsung tidak menghiraukannya malah dia tergamak menyuruh anaknya melutut semata-mata mahu menaikkan kemarahan si suami.

Bagaimanapun tidak lama kemudian, kanak-kanak dikatakan pengsan dan tidak disedarkan diri.

Kanak-kanak itu akhirnya dijaga oleh keluarga suaminya

Difahamkan, selepas menonton video tersebut di media sosial, keluarga suaminya telah menghubungi pihak polis melaporkan tentang kejadian.

Kemudiannya kanak-kanak tersebut telah diambil dan dijaga oleh keluarga suaminya.

Selain itu, difahamkan pasangan ini mempunyai seorang lagi anak yang berusia satu tahun dan kini dijaga oleh ibu bapa wanita berkenaan.


Wanita itu telah datang meminta maaf dan mengakui kesalahannya

Wanita ini juga dikatakan telah meminta maaf dan mengaku bersalah atas tindakan yang dilakukan kepada anaknya itu.

Meskipun telah meminta maaf, keluarga mertuanya enggan memaafkan sebaliknya mereka menyerahkan segalanya kepada kepada pihak berkuasa.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua. Moga pesalah mendapat pengajaran dengan tindakan yang dilakukan olehnya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.