Connect with us

Viral

“Ibu dah tak ada..” Ditanya Rakan Kenapa Ibu Tak Jemput, Jawapan Budak Lelaki Ini Buat Netizen Sebak

Setiap yang hidup di dunia pasti akan merasa mati. Begitu juga, dengan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya, walaupun jasad tiada di sisi anak tapi kasih sayang mereka tetap akan dirasai. Namun, yang masih hidup wajib meneruskan kehidupan walaupun tiada lagi sosok ibu yang menjaga.

Sama juga kisahnya dengan seorang budak lelaki yang berasal dari Indonesia ini yang tular di laman TikTok kerana luahan hatinya yang membuatkan warganet mengalirkan air mata.

Menerusi video yang dimuat naik oleh bapa kepada budak lelaki itu @ig_arvinoseptiansyahreal telah berkongsi video mengenai anak lelakinya itu.

Pada mulanya, anak lelakinya yang bernama Vino itu duduk di hadapan rumah selepas pulang dari sekolah sambil termenung. Si bapa yang berasa pelik dengan sikap anaknya yang tidak mahu masuk ke dalam rumah itu lalu menyapa Vino.

Selepas ditanya, Vino akhirnya membuka mulut dan meluahkan rasa sedihnya kerana melihat rakan-rakanya dijemput oleh ibu masing-masing di sekolah.

“Tadikan Vino balik dari sekolah, kawan-kawan Vino semua dijemput ibu mereka. Vino tak dijemput pun dengan ibu.Lepas tu kawan tanya mana ibu Vino tapi Vino kata ibu dah tak ada.”

Jelas Vino lagi dia hanya mampu pulang ke rumah dengan berjalan kaki tanpa ditemani oleh sosok ibu. Si bapa yang juga merasa sebak dengan tangisan teresak-esak anaknya itu mengusap air mata Vino.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet juga merasakan perasaan sebak yang sama seperti Vino dan memahami perasaanya kerana Vino masih kecil sudah diberikan ujian yang sebegitu. Tidak lupa juga yang memberikan kata semangat buat si bapa yang menjadi ‘single parent’.

Antara komen warganet di laman TikTok:

“Nangis tengah malam”.

“Mengalir air mata aku pagi pagi buta ni”


“Bang, i know its hard for being single parent, semangat buat kamu..”

“Masih kecik dah diberi ujian yang besar, kamu anak yang hebat..”

Video yang tular di laman TikTok:

@ig_arvinoseptiansyahreal Berharap Bunda Dan Aunty Semuanya Gak Menangis.. Karena Saya Juga Beberapa Kali Gak Kuat Pasti Menangis #sad #Arvinoseptiansyah ♬ Sad tune (Memories of the first love) – SuitableSounds

Sehingga kini, video itu telah mencecah sebanyak 32.1m tontonan dan 3.1m tanda suka.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.