Benar kata orang, didikan yang baik itu bermula daripada rumah kerana anak ini diibaratkan seperti kain putih dan yang akan mencorakknnya adalah ibu bapanya sedniri.
Perasaan simpati, sedih daripada seorang anak terhadap orang yang lebih memerlukan ini adalah satu perasaan yang tidak boleh ditipu dan ianya lahir semula jadi dalam diri anak-anak.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu hairan ke manakah pergi duit belanja sekolah anaknya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ellyemirza, dapat kita lihat mata budak tersebut bergenang air mata sambil menceritakan apa yang telah berlaku.
“Harini bawa sen (duit) pergi sekolah RM10, belanja RM2, tapi balance RM3, tanya dia mana lagi RM5, rupa-rupanya..”
“Dia bagi duat ke (kat) kawan dia sebab kawan dia orang susah..kawan kelas lain semua makan.. kawan dia yang sorang tu je tak makan..lepas dia bagi duit kawan dia kabo (cakap) ‘terima kasih awak'”
“Lepas pia bagi duit, barulah kawan dia beli makanan.. makan sama-sama..Allahuakhbar, sayu rasa hati mama.. kecik gini pia dah pandai berbagi rezeki pada orang yang perlu..semoga kekal perangai pia gini sampai ke besar.. aminn” ujar wanita ini.
Dalam video tersebut, wanita ini juga sempat meluahkan rasa bangganya terhadap anaknya Pia yang ketika itu sedang mengusap air mata yang masih jatuh berguguran.
Berikut merupakan video yang tular di laman TikTok:
Dalam pada itu, wanita ini turut menjelaskan di mana anaknya itu menangis buukan kerana takut kena marah, tetapi sebak dan kasihan dengan kawannya itu.
“Dia nangis bukan takut kena marah ke mende..mule2 dia ok je ceria je cite..dia ngis sbb sebak sian ke kawan dia kate..”
Ketika artikel ini ditulis, video yang berdurasi 57 saat itu telah meraih 1.5M tontonan 189K tanda suka, 5464 komen dan 2534 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tersentuh dengan apa yang dilakukan oleh budak perempuan ini malah bangga dengan kedua ibu bapanya kerana telah mendidik anak kecil ini menjadi orang yang sangat prihatin terhadap orang lain terutamanya bagi mereka yang sangat memerlukan.
Berikut merupakan komen warga maya:
“Good job mama pia jugak..sy mngajar bdk2..sy faham didikn ibunda yg bayak bagi kesan positif pda anaknya.”
“Biasa rm5 je..mknn rm2 balance rm3 ajar dia menabung..hrini xde duit kecik bg dia rm10..allah gerakkan hti sbb nk kongsi rezeki dgn org lain”
“Bagus mama puji anak depan ii nanti die makin rase nak bersedekah lagi semoga adik belajar pandai ii”