Kes covid 19 di negara kita semakin meningkat saban hari bagai tiada penghujung. Manakala kes kematian pula semakin tinggi.
Lebih merisaukan, jangkitan wabak ini pada wanita hamil adalah sangat bahaya. Anda perlu ambil tahu mengenai perkara ini jika anda merupakan wanita hamil .
Risiko ibu hamil lagi tinggi
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Pakar Perubatan Reproduktif & Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Murizah Mohd Zain berkongsi risiko ibu hamil pada zaman pandemik ini.
Menurutnya, jika anda hamil kemungkinan anda dimasukkan ke ICU adalah 2 kali ganda, kemungkinan anda diberikan bantuan pernafasan adalah 3 kali ganda, kemungkinan kematian bayi dalam kandungan adalah 2 kali ganda dan kemungkina anda terpaksa bersalin awal adalah 2 kali ganda lebih tinggi dari wanita seusia anda yang tidak hamil.
Jika dibandingkan dengan varian yang lain, Covid 19 dari delta varian mendatangkan kesan buruk yang lebih tinggi pada wanita hamil.
“Terus amalkan SOP. Jangan keluar rumah jika tiada keperluan. Jika terpaksa keluar terus amalkan SOP yang sepatutnya”
Segera dapatkan rawatan jika tidak sihat
Tambahnya lagi, jika anda kurang sihat dan selsema atau demam walaupun sedikit, pastikan ianya bukan Covid 19.
Treshold untuk membuat saringan covid 19 mestilah rendah. Banyak kes yang teruk hanya bermula dari demam dan selsema ringan yang tidak dirawat.
Vaksinasi langkah terbaik
Dr Murizah turut menekankan agar ibu hamil segera mendapatkan vaksin bagi perlindungan untuk kedua-dua ibu dan anak yang bakal dilahirkan.
“Vaksinasi terbukti sebagai langkah terbaik untuk melindungi ibu hamil. Jangan takut untuk mengambil vaksin. Ianya tidak akan memudaratkan kesihatan anda.
“Lebih 130,000 wanita hamil di USA telah divasiknasi dan lebih 40,000 wanita hamil di UK telah divaksinasi .
“Data2 adalah sangat menyakinkan terhadap keberkesanan vaksin dalam melindungi jangkitan yang teruk.”
Jangan takut untuk mengambil vaksin. Ianya tidak akan memudaratkan kesihatan anda. vaksinasi terbukti sebagai langlah terbaik untuk melindungi diri kita terutamanya ibu yang sedang hamil. Untuk pengetahuan, Lebih 130,000 wanita hamil di USA telah divasiknasi.
Dalam pada itu, terdapat data-data adalah sangat menyakinkan terhadap keberkesanan vaksin dalam melindungi jangkitan yang teruk.
“Akhir kata, saya merayu kepada pesakit pesakit sy yg hamil utk mengambil vaksin ini. Telah kering air mata kami melihat ibu hamil yang mati disebabkan oleh covid 19.
“Ibu hamil tidak sepatutnya menghuni ICU tetapi patut berada di rumah dengan selamat.”
Ada Risiko Kelahiran Pra matang
Menersui kajian daripada beberapa pakar lain, virus COVID-19 pada ibu hamil dapat menimbulkan kesan negatif pada bayi dalam kandungan termasuk kematian.
Disebutkan bahawa bayi yang lahir dari ibu yang positive COVID-19 juga berisiko lebih tinggi mengalami kelahiran pra matang dan berat badan rendah.
Data baru yang dikumpulkan UKOSS pun menunjukkan bahwa satu dari lima ibu yang dirawat di hospital dengan gejala COVID-19 yang serius, melahirkan secara pra matang.
Kemungkinan melahirkan melalui pembedahan caesar juga meningkat dua kali ganda.