Connect with us

Global

Ibu Jual Anak Sendiri Lebih RM20K, Mengaku Bertindak Sedemikian Untuk Bayar Hutang

Kelahiran anak merupakan suatu amanah yang akan dipertanggungjawabkan bagi pasangan yang bergelar ibu dan bapa. Namun begitu, muncul beberapa individu yang masih mengambil enteng akan tanggungjawab mereka dan mempergunakan anak-anak mereka demi kepentingan sendiri.

Berdasarkan laporan MStar, terbaru seorang wanita berbangsa Rusia ditahan kerana cuba menjual anak lelakinya yang berusia tujuh tahun.

Menurut Nargiza, 36, ibu kepada kanak-kanak tersebut menyatakan bahawa tindakannya menjual anaknya itu disebabkan mahu melangsaikan hutangnya dengan harga £4,000 iaitu bersamaan RM 21,730.

Nargiza didakwa mengiklankan anaknya itu dan mengatur pertemuan dengan ‘pembeli’ di sebuah pusat beli-belah.

Walau bagaimanapun, akhirnya dia tertangkap apabila ahli Alternativa menyamar sebagai pembeli dan pergi menemui Nargiza.

Nargiza turut mendakwa bahawa anak lelakinya yang berusia tujuh tahun itu ‘tidak kisah’ jika dipindahkan kepada keluarga lain dengan bayaran sejumlah wang.

“Kami berharap ia adalah cerita rekaan, bahawa ini adalah gurauan bodoh seseorang atau penipuan untuk wang.

“Namun, apabila kumpulan kami bersama-sama pekerja kumpulan penyiasatan jenayah terancang keluar untuk ‘urusan’ itu, kami menyaksikan budak itu betul-betul dijual.

“Nargiza menerima wang itu dan memberikan kanak-kanak itu kepada orang yang tidak dikenalinya,” ulas lanjut jurucakap badan amal Alternativa itu.

Difahamkan, wanita itu telah dimasukkan ke dalam tahanan.

Manakala kanak-kanak tersebut yang dipercayai merupakan anak lelaki suami pertamanya, kini dikatakan tidak disukai oleh suami barunya, telah ditempatkan di dalam unit rawatan perubatan.

Menerusi laporan Daily Star, jurucakap Alternativa memaklumkan bahawa Nargiza sendiri mengaku bahawa suami barunya tidak menyukai anak lelaki sulungnya itu, dan mereka telah bersetuju untuk menjual kanak-kanak tersebut demi sejumlah wang untuk membayar hutang mereka.

Oleg Melnikov, jurucakap Alternativa itu turut mengeluarkan satu kenyataan bahawa berlakunya peningkatan dalam kes wanita Rusia menjual anak-anak mereka dan menyalahkan itu semua terjadi disebabkan krisis kewangan keluarga.

Tetapi sebenarnya bagi Oleg, mereka hanya kurang nilai moral dalam diri sendiri.

“Kami tahu bahawa kanak-kanak yang dijual ini tidak akan pernah melalui sistem dokumen yang sah.

Sebaliknya, pengakhiran mereka hanya menjadi mangsa sindiket peminta sedekah atau mangsa pedofilia,” jelas Oleg berhubung isu yang serius ini.

Pihak  Oleg juga turut menyatakan bahawa mereka risau jika nyawa mangsa kanak-kanak dijual ini berakhir sebagai mangsa penjualan organ.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.