“Al-Fatihah. Linda sayang mak,” kata penyanyi Linda Rafar sekali gus mengesahkan ibunya, Rasimah Abd Rahman, 73 telah menghadap ilahi di sebuah pusat perubatan, malam ini, lapor Harian Metro.
Berita pemergian itu turut dikongsi adiknya, Diana Rafar yang memaklumkan ibunya sudah dijemput Ilahi.
“Assalamualaikum, baru sekejap tadi mak Diana sudah tiada.
“Tolong doakan mak Rasimah Abd Rahman,” katanya di Instagram Story sekitar jam 9.44 malam tadi.
Sementara itu, usaha Harian Metro menghubungi Linda dan Diana tidak berjaya apabila penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan mesej.
Terdahulu Harian Metro melaporkan tangan kiri ibu Diana dan Linda terpaksa dipotong akibat jangkitan kuman yang merebak ke dalam darah pada 12 Disember di Hospital Shah Alam.
Diana berkata, ibunya yang masih belum sedarkan diri sepenuhnya tidak tahu jika sebelah tangan dipotong pagi tadi di Hospital Shah Alam.
“Tiga bulan lalu mak dimasukkan ke hospital akibat gigitan serangga hingga dimasukkan ke unit rawatan rapi. Selepas itu, mak ada jalani pembedahan namun sakit tak sembuh juga.
Diana berkata, ibunya yang masih belum sedarkan diri sepenuhnya tidak tahu jika sebelah tangan dipotong pagi tadi di Hospital Shah Alam.
“Tiga bulan lalu mak dimasukkan ke hospital akibat gigitan serangga hingga dimasukkan ke unit rawatan rapi. Selepas itu, mak ada jalani pembedahan namun sakit tak sembuh juga.
Just wanna share with all my followers.. linda memang tak ramai kawan drp kecik berkepit 24jam dgn mak sana sini.. masa zaman elite baru jumpa kawan @azzaelite @sashasaidin @tie_sadaliofficial@abby_abadi112 tp mak tetap pantau n marah if linda balik show or training lambat.. kawan2 elite faham sgt2 linda drp dulu akan balik awal pasal takut Mak marah 😀..until skrg dah anak 5 pon bila kuar pergi gv rebut2 nak balik rasa mcm mak tunggu je kat umah..ya allah banyak kenangan dgn mak yg x tak dpt linda gambarkan.. mak terlalu sygkan linda 😌
Cuma hari ini..hari yg linda rasa sebak sgt2 pasal tangan mak yg kena gigitan serangga 3bulan lepas di potong sampai bawah siku😭😭😭😭 ..mak blum tau yg tangan dia dah xde ..x sampai hati nk bg tau dia.. cuma apa yg linda nk mintak jasa baik semua tolong doakan mak linda trus kuat dan Sihat kembali mcm selalu 🤲🏻.. linda x kuat nak harungi semua dugaan ini tp linda percaya setiap dugaan yg allah beri pasti ada ganjarannyaa 🙏🏻 .. linda syg mak linda sgt2 😭 love u mak 🌹 #prayforciknon
“Minggu lepas mak mengadu rasa sakit yang teruk dan dia dimasukkan ke hospital sekali lagi. Selepas diperiksa, doktor maklumkan kuman merebak ke darah.
“Selepas berbincang bersama adik-beradik, kami sepakat untuk mak jalani pembedahan untuk potong tangan yang kena jangkitan. Mak tak tahu pun,” katanya kepada Harian Metro.
Diana berkata, dia dan adik-beradik lain tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan terkini ibu mereka.
“Buat masa sekarang mak sudah sedar tapi masih dalam keadaan lemah. Kami adik-beradik tak sampai hati nak beritahu yang tangan mak sudah dipotong.
“Cuma, saya minta jasa baik semua peminat, keluarga dan rakan mendoakan supaya mak saya terus kuat dan kembali sihat seperti biasa,” katanya.
Menurut Diana, meski hanya tangan ibunya dipotong, dia berasakan seperti kehilangan orang tersayang itu.
“Alhamdulillah, proses pembedahan mak berjalan lancar. Walaupun berat untuk kami terima keadaannya tetapi kami kena kuat dan berikan sokongan kepada mak.
“Walaupun hanya tangan dipotong tetapi perasaan dilalui sekarang seperti kehilangan orang tersayang. Kuatkan kami ya Allah.
“Tangan yang dipotong kena melalui proses mandi, kafan dan kebumi. Terima kasih kepada ustazah yang banyak membantu melancarkan proses ini,” katanya.
Sementara itu, Linda berkata, dia berasa sangat lemah melihatkan keadaan ibunya kini.
“Sejujurnya, saya tak kuat untuk harungi semua dugaan ini. Tapi, saya percaya setiap ujian itu ada ganjaran yang Allah janjikan,” katanya.