Connect with us

Viral

Ibu Trauma Dapat Tahu Anak Terduduk Dalam Periuk Minyak Panas, Nekad Terus Tutup Bisnes

Benar kata orang, malang tidak berbau dan kemalangan juga boleh berlaku di mana-mana tidak kira waktu dan tidak semestinya berlaku di atas jalan raya sahaja.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu masih tidak dapat melupakan tragedi hitam yang berlaku pada tanggal 19 Oktober 2021.

Sungguhpun sudah 4 bulan berlalu namun situasi ngeri tersebut masih terpahat dalam ingatan bahkan ianya juga membuatkan wanita ini berubah menjadi seorang ibu yang terlalu berhati-hati dan ‘protective’ akibat trauma.

Bagi Umi Kalsom Md Saleh, 35, kesakitan yang ditanggung anak bongsunya, Muhammad Izz Rayyan, 5, akibat terkena minyak panas, menjadi mimpi ngeri yang tidak mahu dilalui sekali lagi.

Memetik laporan mStar, wanita ini berkata kejadian yang menimpa anak lelakinya itu berlaku dalam sekelip mata sahaja ketika pekerjanya sedang melakukan proses penukaran minyak masak.

“Kejadian berlaku di kedai kami di Rengit, Batu Pahat. Saya berniaga kuih bangkit dan dalam masa yang sama turut berniaga ayam goreng. Ketika itu pekerja saya nak tukar minyak sisa gorengan ayam kepada minyak baru.”

“Minyak yang panas itu dituang dalam periuk besi dan periuk itu atas lantai. Belum sempat nak diangkat ke atas meja, Rayyan kebetulan lalu dan entah macam mana, dia terjatuh dan terduduk dalam periuk berisi minyak panas itu.”

“Ketika itu saya ada urusan di luar, hanya ada ibu dan pekerja di kedai. Masa dia jatuh, ibu kata Rayyan cuma menjerit kesakitan tapi tak menangis.”


“Bila dapat panggilan daripada pekerja, saya ingat terpercik minyak saja. Tapi bila mereka beritahu keadaan Rayyan, rasa macam nak gila,” imbasnya.

Difahamkan, kulit anaknya melecur 19% iaitu daripada bahagian pinggang ke bawah dan anaknya terpaksa menjalani pembedahan ‘skin graft’ di mana kulit bahagian belakang badan terpaksa diambil untuk ditampal pada kulit yang rosak akibat lecuran.

“Empat minggu Rayyan dirawat di hospital dan saya turut berkampung di sana untuk menjaganya. Memang detik yang sangat sukar lihat anak kecil sakit, tambahan pula suami bertugas di Dubai ketika itu.”

“Kalau boleh kesakitan tu saya nak dipindahkan kepada diri sendiri sebab tak sanggup lihat keadaan Rayyan. Sedih tapi saya tak boleh menangis depan dia… saya kena kuat untuknya.”

“Rayyan ni anak yang kuat, dia tak banyak mengadu sakit. Yang betul-betul nampak dia rasa sakit hanya lepas kesan bius hilang ketika hari pembedahan.”

“Namun saya bersyukur, tak henti-henti orang doakan kesembuhan Rayyan. Malah kawan-kawan dan penduduk setempat turut buat solat hajat,” cerita ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.”

“Rayyan dah boleh berjalan perlahan-lahan, boleh ke sekolah, dan bermain. Alhamdulillah, lega tengok keadaan Rayyan sekarang. Kini Rayyan perlu follow-up setiap bulan.”

“Tapi saya akui, kami berdua masih trauma. Doktor pernah cadangkan saya bawa Rayyan bertemu pakar psikiatri sebab dia kerap mengigau ketika awal-awal insiden dulu. Tapi sekarang dia dah okay.”

“Saya pun sangat trauma, sehinggakan tak berani lagi nak tengok rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai hingga sekarang. Saya memang sangat protective, tak bagi anak-anak ke kawasan dapur dah.”

“Selepas kejadian, saya ambil keputusan untuk tutup terus kedai ayam goreng. Hanya kedai biskut saja beroperasi,” ujarnya lagi.

Video yang tular di TikTok:

@sitirayafood Anak bertuah mama,Alhamdulillah kini Rayyan da sembuh..masih jalani followup hospital lgi#RAYYAN #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – M H A S – musicworld

@sitirayafood Reply to @nelysa_norazlan memang sakit n pedih Nelly,,sampai xboleh tidur die menahan sakit#RAYYAN #fypシ゚viral #fypシ ♬ original sound – Siti Raya Food

“Kita faham anak-anak kecil memang tengah lasak, jadi kena awasi kawasan yang boleh mendatangkan bahaya.”

“Keduanya, andai kata kes macam ni berlaku kepada sesiapa selepas ini, siram bahagian tubuh yang melecur dengan air dan biar mengalir. Jangan lumur apa-apa, tapi siram air.”

“Kita tak minta tapi dah tertulis benda nak jadi. Ini ujian untuk kami dan mungkin teguran untuk saya sebagai ibu. Namun pasti ada hikmah atas apa yang berlaku.”

“Yang penting kena reda dan tawakal,” katanya lagi.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.