Daripada kecil kita diajar agar prihatin terhadap orang lain seperti memberikan jalan pada mereka yang memerlukan, memberikan tempat duduk, tidak menggunakan parkir khas OKU dan banyak lagi.
Apatah lagi bila berada di tempat awam, tentunya kita perlu mengutama kan wanita mengandung, warga emas dan juga golongan OKU. Pun begitu, ramai diantara kita yang masih mementingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan mereka.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana memaparkan keadaan di sebuah Klinik Kesihatan mencuri perhatian ramai.
Difahamkan, ianya merupakan ruangan menunggu yang menempatkan golongan ibu mengandung yang hadir untuk pemeriksaan kandungan mereka.
Namun apa yang mengundang amarah ramai adalah, kelihatan segelintir kaum bapa yang tidak memberikan tempat duduk kepada golongan ibu mengandung.
Dapat kita lihat, dalam ramai-ramai ibu mengandung yang duduk, masih ada segelintir yang terpaksa berdiri kerana kekurangan kerusi.
Lebih menyakitkan hati, ada pula kaum bapa yang siap boleh terlena dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling terutamanya ibu mengandung yang terpaksa berdiri menunggu giliran.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan perkara tersebut sering kali terjadi pada masa kini seolah-olah hilang rasa prihatin terhadap orang yang lebih memerlukan.
Bukan itu sahaja, netizen juga memaklumkan ada kalanya jururawat yang bertugas di situ akan membuat pengumuman meminta para bapa memberikan keutamaan kepada ibu mengandung untuk duduk di kerusi.
Antara komen warga maya:
“Selalunya nurse akan announce suruh ibu mengandung duduk, bapa-bapa berdiri bagi laluan.”
“Tegur je terus, biar dia sedar kerusi situ untuk ibu-ibu mengandung.”
“Kalau kena nurse tempat saya dia jerit kat situ jugak.”
“Baru je bebel pasal ni. Haritu pergi sederet tempat ambik. Yang ibu-ibu lain pulak kena berdiri tunggu.”
Video yang tular: