Connect with us

Viral

Ibu ‘Sakan’ Shopping Sampai Tak Sedar Anak Hilang, Mujur Orang Awam Tolong Jaga

Bulan syawal bakal menjelma, jadi tidak hairan lah jika kini pusat membeli belah sesak kerana ramai yang ingin mencari kelengkapan hari raya terutamanya buat kaum hawa yang fitrahnya memang gemar shopping.

Pun begitu, dalam sakan bershopping, terkadang ibu bapa tidak menyadari bahawa anak-anak yang dibawa hilang daripada pandangan. Bagi siapa yang pernah melalui hal yang sama, pasti panik bukan?

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang kanak-kanak perempuan menangis teresak-esak dan meraung oleh kerana ditinggalkan oleh ibunya yang sibuk membeli belah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yogieyogaswara0, kelihatan budak perempuan yang dalam lingkungan 4 tahun itu meraung-raung di bahagian eskalator dituruni pengunjung.

Susulan melihat budak tersebut menangis, dua orang wanita yang dipercayai orang awam cuba untuk menenangkannya sebelum ditegur oleh perakam yang turut risau dengan keadaan budak perempuan tersebut.

Pun begitu, menerusi sebuah lagi video yang dimuat naik, difahamkan kanak-kank tersebut telah pun kembali ke pangkuan ibunya setelah dibantu oleh orang ramai yang berada di situ.

Video yang tular di laman TikTok:

@yogieyogaswara0

♬ suara asli – YOGIE YOGASWARA

@yogieyogaswara0 Balas @sintamorisa96 ♬ Langit Favorit Luthfi Aulia feat. Ghazi Alhabsyi – Luthfi Aulia

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 11M tontonan, 1.1M tanda suka, 12.6K komen dan 16.3K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyalahkan si ibu yang cuai sehingga ‘terlupa’ akan anak sendiri ketika berada di khalayak ramai.

Dalam masa yang sama, netizen akui cara perakam menenangkan kanak-kanak tersebut tidak sesuai digunakan dan nyata ianya hanya membuatkan kanak-kanak tersebut bertambah takut.

Antara komen warga maya:
Macam mana la tak boleh jaga betul2?


Budak kadang2 tak dengar cakap

Kenapa ditakutkan lagi!

Mesti tengah ‘shopping’, main telefon

Si ibu sibuk pilih baju raya kot


Bawa pergi kaunter bantuan…

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.