Demi memberi sokongan dan menemani anak kesayangan, Jasmin Hamid sanggup untuk duduk tepi parit sambil memerhatikan anaknya sedang dalam penggambaran drama patah Sayap Bertongkat Paruh.
Jasmin Hamid memuatnaik sekeping gambarnya di laman instagram dengan kapsyen yang panjang lebar.
“Aturan Allah adalah yang terbaik buat hambaNya..Adoii.. ada pulak PAPARAZZI kat set… Saya paling MALU nak datang SET ORANG LAIN tapi di sebabkan Big Boss, saya turutkan juga..
“Ibu SANGGUP DUDUK TEPI PARIT pun tak kisah la uols DEMI ANAK dan di temani oleh anak-anak kampung sini yang sangat baik ..
“Kebetulan saya ada FREE TIME. Dapatlah saya PANTAU dan bagi SUPPORT pada Big Boss @ihmian berlakon.. Ist time kan Big Boss berlakon…
“Kena pastikan Big Boss faham apa yang harus di buat mengikut kehendak skrip supaya tidak menyusahkan mereka yang terlibat dan dapat hasil yang terbaik..
“Lama-lama nanti, pasti Big Boss akan faham dan perbaiki setiap kesilapan dan kelemahan.. Buat permulaan ni, Big Boss harus kerja keras dulu..
“Saya pulak yang nervous setiap kali Big Boss masuk set sebab nak pastikan Big Boss buat yang terbaik sebagai BUDAK BARU.. Bukan senang nak jadi yang TERBAIK..
“Harus usaha,rajin dan cekal.. Saya nak Big Boss jadi yang PELAKON TERBAIK atas usaha dia sendiri. Bukan sebab saya ibunya juga seorang pelakon.. Selebihnya semua datang dari ALLAH.. Hebat Bukan?”
Jasmin Hamid pernah mendirikan rumahtangga bersama Ian Rashid Macquistan namun mereka dikatakan telah berpisah pada 4 Februari 2008.
Walaupun masih menyembunyikan status sebenarnya kini, Jasmin berkata kehidupannya masih sama seperti dulu dan bahagia dengan dua orang putera dan seorang puteri hatinya.
Anak-anaknya adalah Rohana, 29, Lukhman Hakim, 22, dan Ian Haziq, 16. Rohana dan Lukhman adalah anak angkat yang dibesarkan sejak Jasmin berusia 20 tahun. Manakala Ian Haziq merupakan anak kandung beliau bersama Ian Rashid.
Permulaan karier Jasmin bermula apabila beliau menyertai pertandingan Dewi Remaja 1990/91 dan layak ke peringkat akhir.
Menerusi pertandingan itulah beliau disambar oleh penerbit Pansha untuk membintangi filem Boss biarpun usianya baru menginjak ke 17 tahun.
Liku-liku kehidupan aktres cantik ini sepanjang lebih dua dekad bergelar artis sentiasa disimpan kemas dalam mindanya.
Bukan mudah untuk Jasmin bergelar artis yang bukan sahaja mampu membawa diri ‘terbang lebih tinggi’, malah menampilkan lakonan yang berkualiti selaras dengan impiannya setelah memasukkan kaki dalam industri seni ini.
Nekad dengan pendiriannya yang tidak menganggap bidang lakonan sebagai medan untuk ‘suka-suka’ dan hobi, Jasmin menerima setiap pasang surut yang tercetus sejak dia mula ‘bertatih’ dalam lakonan sehingga menempa populariti kini hasil tempias pelbagai agenda dan kronologi karier mahupun kehidupannya.
Disebabkan minat yang mendalam, lebih-lebih lagi apabila ditawarkan watak yang disukainya, dia menerima setiap tawaran lakonan tanpa rungutan.
Antara watak-watak yang sinonim dan masih segar di ingatan penonton ialah Minah Senget pada awal 90an, diikuti watak Maria Mercedes yang dipegangnya dalam siri TV Seri Pengantin pada awal 2000an.
Terbaru beliau menghiburkan seisi rumah dengan watak Datin Wan Abe menerusi siri komedi tajuk serupa.
Keupayaan beliau dalam menerajui watak komedi sememangnya tidak dipersoalkan lagi, malahan pernah memenangi anugerah Aktres Terbaik di Anugerah Skrin 1997 menerusi watak komedi dalam drama Jutawan Segera.