Connect with us

Semasa

Ibu Sanggup Redah Hujan 30KM Dengan Motosikal Demi Anak Daftar Universiti

Ekoran daripada pengumuman penangguhan pendaftaran mahasiswa ke universiti, ramai pelajar terkesan apabila ada diantara mereka sudah sampai di universiti masing-masing ketika itu.

Keputusan tersebut dibuat kerana negara kembali mencatatkan angka jangkitan yang semakin tinggi setiap hati.

Ibu sanggup redah hujan demi hantar anak daftar masuk ke universiti

Namun begitu, pelajar-pelajar yang terkesan terus mendapat perhatian apabila tampil ramai individu yang sudi menghulurkan bantuan bagi meringankan beban pelajar yang terjejas.

Menerusi laman Facebook pula, satu kisah meruntum jiwa apabila seorang ibu sanggup meredah perjalanan sejauh 30 kilometer (km) menaiki motosikal dalam hujan lebat bagi menghantar anaknya mendaftarkan diri di universiti.

Pelajar ini hadir bersama ibu dalam keadaan basah

Difahamkan, anaknya akan mendaftar sebagai penuntut baharu sidang akademik 2020/2021 di Universiti Sains Malaysia (USM) telah menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

Malah ia juga menjadi pembakar semangat kepada penuntut Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan, Muhammad Izzulhaq Mohamed Hasnan, 19, bagi menuntut ilmu.

Muhamamd Izzulhaq yang merupakan penuntut dari Simpang Ampat, Seberang Perai, itu antara yang mencuri tumpuan di hari kedua pendaftaran penuntut baharu secara pandu lalu di universiti berkenaan, semalam, kerana hadir menaiki motosikal bersama ibunya dalam keadaan basah.

Ibu hanya seorang penjual kuih

Menurut Muhammad Izzulhaq berkata, meskipun dia boleh menaiki bas, namun ibunya, Jumiati Masud, 53, tetap berkeras mahu menghantar dan menyaksikan detik gembira itu.

“Saya pernah mendapat tawaran belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur namun terpaksa menolak berikutan kekangan kewangan tambahan pula ibu hanya seorang penjual kuih”.

Ibu tidak perlu tanggung kos tinggi untuk hantar saya

“Tiga adik saya juga masih bersekolah, syukurlah saya diterima masuk ke kampus utama sekurang-kurangnya ibu tidak perlu menanggung kos yang tinggi bagi menghantar saya hari ini,” katanya.

Sementara itu, Jumiati berkata, motosikal terbabit adalah pengangkutan utama yang dimiliki keluarga berkenaan.

Penginapan di kolej lebih selesa untuk anak saya belajar

Jelasnya, dia tidak berhajat membawa anak sulungnya pulang semula ke rumah selepas mendaftar sebagai penuntut meskipun dibenarkan berbuat demikian.

“Biarlah dia di sini sahaja kerana penginapan pelajar lebih selesa dengan kemudahan rangkaian internet bagi memudahkannya belajar secara dalam talian” katanya kepada Harian Metro.

Ibu akan berkorban apa saja demi anaknya

“Seorang ibu akan berkorban apa saja demi anaknya dan saya harap susah payah ini akan menjadi pembakar semangat kepada Muhammad Izzulhaq supaya belajar bersungguh-sungguh,” katanya lagi.

Terdahulu, berikutan perkembangan Covid-19, USM turut memberi pilihan kepada penuntut baharu sama ada mendaftar secara dalam talian, pulang ke rumah selepas mendaftar atau tinggal di penginapan siswa.

USM perkenalkan pendaftaran pelajar baharu pandu laju

Manakala bagi penuntut yang datang dari kawasan berisiko pula boleh pulang ke rumah selepas mendaftar atau menjalani kuarantin di USM.

Difahamkan, USM adalah universiti yang memperkenalkan pendaftaran pelajar baharu secara pandu lalu sejak 2 Oktober dan berakhir pada hari ini.

Semoga adik Muhammad Izzathaq akan berjaya suatu hari nanti dan membalas jasa ibunya kelak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.