Setiap hari ada sahaja kes baru mengenai varian Coivd19 ini. Ia bukan sahaja membimbangkan orang ramai malah memberi impak yang lebih mendalam kepada pesakit yang mempunyai masalah kesihatan dan juga penyakit kronik.
Terbaru seorang pelawak yang dikenali sebagai Achey dari kumpulan Bocey telah memuat naik posting mengenai ibunya Ngaisah Hassan yang kini telah dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh jangkian virus di tahap 3.
Namun setelah beberapa hari, ibunya terpaksa ditukarkan kepada wad tahanan tahap 4 kerana faktor kesihatann= ibu yang semakin mmerundum dan perlu rawatan rapi dari pihak hospital.
“Hospital hubungi saya dan memaklumkan dia ada radang sedikit di paru-paru dan ubat anti-radang masih dimasukkan dalam badan sampai 14 hari. Jadi, dia ada baki dalam 4 hari. Dia demam sedikit.
“Ibu saya sebenarnya stage 3, tapi dia diletakkan di dalam wad stage 4 sebab dia perlu pemerhatian yang lebih rapi.
“Dia ada demam dan masih dimasukkan antibiotik untuk menguatkan badan, sehingga kini masih memerlukan bantuan oksigen dan ditidurkan secara meniarap. Badan pula semakin susut. Kesihatan dia turun naik,” katanya.
Jelas Achey, keluarganya dijangkiti virus berbahaya itu bermula daripada pelanggan yang membeli jualan mereka di tepi jalan.
“Keluarga saya cari makan dengan menjaja tepi jalan dan jual produk sendiri. Wabak ini berjangkit daripada pelanggan, apabila bawa balik rumah seorang demi seorang kena bermula dengan abang saya, ibu saya dan kakak.
“Buat masa sekarang kakak saya sudah balik, tinggal abang dan ibu saya masih dirawat di hospital.
“Balik saja kakak saya, adik saya, Natasha pula dibawa ke PKRC Johor Bahru. Hari ini dapat tahu adik ipar perempuan dan anaknya pula positif CVID-19. Kemungkinan dia tiga beranak akan dibawa untuk kuarantin.
“Ada dua orang lagi yang belum ada keputusan iaitu suami kepada adik saya Natasha dan abang sulung saya. Ramai di rumah dan berganti-ganti,” tambah Achey.
Hikmah Tangan Patah
Achey turut berkata dia berasa bersyukur dan ada hikmah disebalik apa yang menimpa dirinya yang menyebabkan tangannya patah kerana dia dapat membantu keluarganya disaat ini di Labis.
“Ada hikmah sebenarnya selepas saya patah tangan, saya diuruskan oleh isteri saya di rumah mentua saya. Jarak dengan rumah keluarga saya di Labis cuma 15 minit.
“Bila semua kena (CVID-19), yang boleh hantar makanan dan keperluan hanya saya dan orang rumah saya. Kami saja yang free. Kalau saya tak berapa sihat, isteri saya tolong hantarkan.
“Kadang-kadang saya yang hantar, tapi maklumlah nak bawa kereta pun susah sebab tangan dah dua-dua cedera, tak boleh nak pusing stereng. Cuma, apa boleh saya katakan sekarang apa yang berlaku, jalan je dulu.
“Kami tak boleh ambil barangan dari rumah keluarga untuk dihantar ke hospital sebab di rumah ramai yang positif.
“Jadi, apa keperluan di hospital dan pusat kuarantin kita perlu beli baru. Sama juga dengan rumah di Labis yang perlukan keperluan pun kami juga yang akan hantarkan. Kejap hospital, kejap ke Labis,” tambahnya lagi .
Achey berkata 7 ahli keluarganya didapati positif virus tersebut dan dua lagi ahli keluarga masih menunggu keputusan ujian swabtest.