Connect with us

Viral

Ibu Suruh Duduk Diam Masa Ambil Neb, Gelagat Budak Ini Tenangkan Diri Undang Dekah Ramai

Anak-anak sememangnya mempunyai gelagat mereka tersendiri bahkan terkadang lawak yang keluar daripada mukut mereka sungguh tidak disangka-sangka.
Iospital phone repair gombak
Mudah kata, ada sahaja yang hendak dilakukan untuk buat orang sekeliling ketawa. Hilang penat seharian bekerja ibu bapa melayan telatah anak-anak.

Seperti yang kita tahu, Rawatan nebuliser adalah cara yang paling cepat berkesan pada bayi dan kanak-kanak yang ada masalah semput, berkahak atau pernafasan laju.

Menjadi kebiasaan budak-budak akan takut menggunakan neb pada kali pertama bahkan ada juga yang berasa rimas.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana seornag kanak-kanak perempuan siap menyangi lagu yang sedang ‘viral’ di TikTok bagi menenangkan diri mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yayanadia77 di laman TikTok, dapat kita lihat budak perempuan itu sedang mengambil neb di salah sebuah pusat rawatan sambil ditemani ibunya.

Budak perempuan tersebut diminta untuk bertenang semasa rawatan dijalankan.

Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah si anak pula tiba-tiba menyanyi lagu Tenang Ribut Jiwa yang popular di TikTok baru-baru ini. Gelagatnya membuatkan si ibu tergelak.


“Kita suruh dia duk diam jangan cakap banyak, bertenang.. tapi dia ermmm” ujar ibunya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui tidak mampu menahan ketawa melihat telatah comel budak perempuan itu ketika mengambil neb.

“Sakit-sakit pun lawak. Tenang sangat ni dik haha”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga sempat berseloroh mengatakan mungkin dengan cara tersebut dapat membuatkannya tenang.

Antara komen warga maya:

“Mungkin tu cara dia tenang”

“hahahahaha awak dah buat kakak gelak dik.. harini kakak asyik nangis je..”


“Kuat terlajak tengok tiktok ni dikk sampai jadi gini”

“Sempat lagi nyanyi dik..”

“Cara untuk bertenang kena nyanyi”

“Baru nak rasa kesian, sekali dia nyanyi lagu tenang pulak”

“Macam anak buah saya, tengah otw hospital sebab semput dia bedal nyanyi.. kita ni risau dah lain macam”


Video yang tular di laman TikTok:

@yayanadia77kite suruh dye duk diam jgn ckp bnyok. bertenang. tp dye ermm 🤧

♬ original sound – Yaya NaDia

Continue Reading
Advertisement