Melangkah ke alam perkahwinan dan mengimpikan rumahtangga yang bahagia pastinya impian setiap pasangan.
Namun begitu, tidak semua bernasib baik melayari bahtera perkahwinan tanpa ujian dan dugaan.
Wanita muda sendirian sara lima anak dan ibu sakit
Begitulah juga kisah seorang wanita muda yang terpaksa bersendirian menyara lima anaknya yang masih kecil dan menjaga ibu yang sedang sakit, selepas berpisah dengan suami.
Memetik laporan mStar, wanita berusia 38 tahun yang dikenali sebagai Zuriah dikongsikan oleh seorang aktivis masyarakat, Natipah Abu, yang berkunjung ke terataknya baru-baru ini.
Tujuh beranak menumpang di sebuah masjid
Jelas Natipah, sebelum keluarga tujuh beranak ini dirujuk kepadanya oleh ahli jawatankuasa masjid di qariah sebuah perkampungan di Kedah, mereka hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor.
“Sebelum ini mereka tujuh beranak tinggal di Selangor. Rumah tangga Zuriah sudah tidak mampu diselamatkan lagi”.
Suaminya kerap mencederrakannya dan anak-anak
“Ini kerana suaminya yang juga seorang penagihdadah itu kerap mmencederakannya dan anak-anak”.
“Setelah diceraikan suami, Zuriah pun dihalau keluar dari rumah. Sebelum balik ke Kedah, Zuriah dan anak-anak pernah hidup menumpang di sebuah masjid di Selangor”.
Mereka harap ehsan dari qariah untuk teruskan hidup
Tujuh beranak ini mengharapkan belas ehsan dari anak qariah untuk meneruskan kehidupan.
Difahamkan, anak sulung Zuriah yang berusia 14 tahun bekerja sebagai tukang cucu di R&R.
Pihak masjid selamatkan mereka dan hantar pulang ke kampung
“Pihak masjid akhirnya membuat keputusan menyelamatkan mereka dengan menghantar mereka pulang ke kampung di Kedah,”ceritanya.
Malah, nasib keluarga malang ini mendapat perhatian seorang pemilik homestay dan membenarkan mereka tinggal di situ buat sementara waktu.
Hanya berbekalkan wang RM100 mereka berpindah
“Dengan hanya berbekalkan wang RM100 mereka berpindah ke homestay itu. Kisah mereka juga telah sampai kepada beberapa pihak termasuklah pihak masjid setempat dan Zakat Kedah”.
“Bantuan selanjutnya sedang dalam proses. Kali pertama pergi menemui mereka, terbit rasa kasihan kerana anak-anak masih kecil”.
Anak sulung 14 tahun pikul tanggungjawab ketua keluarga
“Apatah lagi kesian anak sulungnya yang baru 14 tahun tapi memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga”.
“Anak remaja ini bekerja sebagai tukang cuci di sebuah R&R dengan gaji harian, RM25 sehari”.
Anak ini harus kembali ke sekolah
“Sebagai anak lelaki dialah yang harus memikul tanggungjawab tapi dia harus kembali ke sekolah nanti”.
“Zuriah pula masih di dalam proses mencari kerja namun dengan masalah ketiadaan pengangkutan, membataskan segalanya,” cerita Natipah yang sudah 10 tahun bergiat aktif sebagai aktivis kebajikan dan misi kemanusiaan sejak 10 tahun lalu.
Kita akan bayar sewa rumah selama 2 tahun
Menurut Natipah, perkongsian kisah Zuriah bertujuan untuk meraih sumbangan orang ramai bagi membantu keluarga ibu tunggal ini memulakan kehidupan baharu di sebuah rumah sewa kelak.
“Kita akan membayar sewa rumah selama dua tahun, membeli sebuah motosikal untuk memudahkan pergi bekerja di samping mendapatkan bantuan dari Zakat Kedah dan JKM”.
Bantuan segera akan ringankan beban
“Kes seperti ini perlukan penglibatan masyarakat kerana melibatkan kewangan. Justeru bantuan segera masyarakat akan meringankan beban mereka yang tersepit”.
“Menerusi Sedekah Jumaat, biarpun maklumat penerima dirahsiakan tetap kisah kejayaan mereka cukup sebagai bukti amanah telah selesai”.
Kita susun strategi untuk bantuan bulanan
“Kita tidak menggalakkan bantuan dalam bentuk wang tunai yang banyak kerana biasanya wang habis tanpa dapat memenuhi objektif utama wang itu disumbangkan”.
“Untuk itu kita menyusun strategi bantuan dengan sistem sokongan bantuan bulanan dari pihak berwajib untuk meneruskan kelangsungan hidup”.
Moga kita mampu bawa sinar baru buat mereka
“Semoga dengan sedekah yang kita niatkan akan mampu membawa sinar baru buat mereka yang sedang diuji,”ujarnya lagi.
Diharap lebih ramai individu tampil membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan bantuan seperti kisah ini.