Connect with us

#MalaysiaBaru

Demo ICERD: Jangan Buat Sampah Sudahlah – Tun Mahathir

Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak akan menghalang sekiranya masih ada pihak yang mahu mengadakan demonstrasi jalanan untuk menyatakan suara mereka tentang ICERD.

Kata beliau, ini negara demokrasi dan rakyat berhak menyuarakan pendapat dan pandangan masing-masing.

“Jangan buat sampah sudahlah,” selorohnya.

Sebelum ini kerajaan telah mengeluarkan kenyataan tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

https://www.facebook.com/TunDrMahathir/photos/a.10151748481053652/10156013146458652/?type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARClO67CzKjdVW4VnvNJlUkHiZ0TBW_2aem1gMyZG0x7VqrWMcoMmvlTz4PtJ4wX6q_kt55gdiLHAbIpnjSi157fkiOY0YdM93yN91aOR2Iqjz3Ls8kb9lLXAFfVFRCISRubXZQkGYtmD7Oo7ESNf2lujMkt5LbK9eavALbQKKKT3X3lUWGNm-EhKgunTZHaWZMzuAyMtgsCHjmG4t9UK7bEIPcNI5ZeXIm5D_WurCmxx3Duq9qOkhoqLFh3zIrCVTMzNESkrAIRS-e4B_GpUoJ5vSkkC_BE6mR3nb_56GZL19NXbo76OdUXGD00aZ9WejnSPCS9qOiC-l6p1A&__tn__=-R

Keputusan ini adalah keputusan Kabinet yang tidak bermotifkan politik, kata Perdana Menteri.

“Hal yang hendak diratifikasi ini (ICERD) benda rumit dan sama ada diterima rakyat atau tidak, dan jelas rakyat tidak menerimanya.”

Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, ia adalah kehendak rakyat yang mempertahankan keluhuran Perlembagaan.

“Lagipun untuk meminda Perlembagaan perlu majoriti dua pertiga. Kerajaan ketika ini pun tidak cukup dua pertiga, malah ramai juga dalam kerajaan yang tidak setuju dengan perkara ini,”

Tun Mahathir turut membidas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa cara kerajaan membuat keputusan berhubung hal tersebut dengan sekadar mengeluarkan kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri adalah tidak mengikut formaliti yang sebetulnya.

“Ini keputusan Kabinet yang bersidang pada Jumaat lepas sebelum kita buat keputusan itu. Ia tidak perlu untuk dibawa ke Parlimen dan sebagainya.”

Presiden UMNO sebelum ini berkata keputusan itu hanya boleh disahkan menerusi tandatangan Perdana Menteri sendiri, kemudian diusul ke Parlimen untuk direkodkan dalam hansard rasmi.

“Tanya dia (Zahid), masa dia bercakap dia ikut cara yang betul atau tidak?,”

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Astro Awani[/su_note]

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.