Menjadi satu norma baharu di dalam kehidupan masyarakat kini, apabila sesuatu perkara mula ‘trend’, ramai yang berpusu-pusu mahu jadi orang yang pertama untuk mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir baik buruk sesuatu perkara.
Sejak kebelakangan ini, viral tentang trend ‘salam dari Binjai’ apabila Paris Pernandes yang berasal dari Kota Binjai, Sumatera Utara memuat naik video beliau menumbuk pokok pisang sehingga tumbang.
Bukan sahaja di Indonesia malah video tersebut juga tular di Malaysia. Kebanyakkan anak muda yang mengikuti trend tersebut akan mengucapkan ‘Salam dari Binjai’ sebelum menumbuk hancur pokok pisang.
Terbaru, tular sebuah video memaparkan sekumpulan pemuda di Kabupaten Lamongan, Jawa Timur, jelas belum cukup matang untuk mengetahui bahawa tidak semua pokok pisang layak untuk dihancurkan.
Siapa sangka, anak muda ini bertindak menghancurkan kebun pisang milik seorang penduduk Kampung Surabayan demi mengikut trend semasa.
Ekoran video tersebut makin hari semakin tular di media sosial, Sunarto yang juga merupakan Ketua Kampung Surabayan memanggil 9 orang anak muda bersama-sama dengan ibu bapa mereka untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Namun apabila ditanya tentang tujuan mereka melakukan perkara tersebut, alangkah terkejutnya apabila mereka dengan tanpa rasa bersalah menjawab tindakan mereka itu adalah sebahagian daripada amalan silat.
Video yang tular:
Apa yang lebih parah, kejadian sebegini bukan sahaja terjadi di Kampung Surabayan malah ianya juga turut berlaku di Deli Serdang, Sumatera Utara.
Mengulas lanjut, Seorang penduduk bernama Alhafizu memberitahu media mengenai pengalamannya menangkap sekumpulan anak muda memukul pokok pisang di hadapan rumahnya. Apabila ditegur, budak-budak itu pun berkata, “Salam dari Binjai!”
Alhafizu cuba untuk menasihati mereka dengan menerangkan ianya adalah perbuatan yang salah namun niat baik Alhafizu itu membuatkan situasi betambah teruk.
Datang segerombolan anak muda membantai pokok pisang yang besar dan sedang berbuah sehingga ianya senget.
Dia yang kecewa dengan tindakan anak muda zaman kini sempat memaklumkan bahawa ibu bapa sepatutnya memainkan peranan dalam mendidik anak-anak agar lebih mengetahui baik buruk sesuatu perkara.
Tidak terhenti disitu, ada juga pengguna Twitter yang berkongsi pengalaman mereka tentang trend ‘salam dari Binjai” yang semakin tular ini.
Namun walau bagaimana pun, trend ini masih tidak memberi kesan negetif kepada rakyat Malaysia ekoran tiada apa-apa laporan setakat ini yang membabitkan anak muda merosakkan pokok pisang orang kampung.
Dalam masa yang sama, dengan apa yang telah berlaku di Indonesia, diharapkan perkara yang sama tidak ditiru anak muda di Malaysia.