Connect with us

Viral

“Ina ni kekasih lama ke?” Tular Lelaki India Terang Sebutan ‘Pergi Mana’ Dalam Bahasa Tamil Buat Netizen Berdekah!

Seperti yang kita tahu, Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai kaum, agama dan juga budaya.

Iospital phone repair gombak

Susulan itu, lebih menarik jika kita diberi peluang untuk mempelajari bahasa mereka yang tersendiri bukan?

Kadangkala ayat-ayat yang dikeluarkan oleh mereka kerap didengari sehinggakan kita mampu ‘tangkap’ apa yang dikatakan.

Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok apabila seorang lelaki berbangsa India menerangkan cara sebutan yang betul bagi sesuatu ayat yang kerap didengari bangsa lain.

Hal ini dibuat agar mereka tidak melakukan kesalahan yang sama ketika cuba menggunakan bahasa Tamil.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @divendranbaskaran itu, dia menyatakan bahawa ramai kawannya yang tidak berbahasa Tamil menggunakan bahasa tersebut tetapi terdapat kesalahan sedikit dalam penggunaan mereka itu.

Ayat itu biasa disebutkan oleh mereka ’Ina Porengge apa bang,’.

“Haa yang ni saya selalu kena. Dia bukan ina porengge bang.

“Ramai dekat luar sana, member melayu saya semua cakap ina ina ina. Ina ni siapa? Ina ni kekasih lama you all ke?” tanyanya sambil ketawa.

Lalu, dia menerangkan maksud perkataan tersebut kepada orang ramai memandangkan ada rakan Melayu yang sering menggunakannya kepada kawan-kawan India mereka.

“Bukan ina porengge dia yengge porengge. Yengge maksudnya mana, porengge tu pergi. Kalau direct translate dia terbalik lah, tapi kalau dalam bahasa Tamil betul, maksudnya pergi mana?

“Kalau kita jumpa orang biasanya, kita tanya pergi mana? Dalam bahasa Tamil pula Yengge Porengge,” terangnya.

Dia turut menjelaskan maksud ‘Enna Dei’ yang beerti ‘Kenapa ni’.

Katanya lagi, jika ingin bergurau dengan kawan-kawan India, boleh sahaja gelengkan kepala sambil mengungkapkan ayat ini kepada mereka.

Meninjau di ruangan komen, warga netizen terhibur mendengar perkongsiannya itu dan ada yang bertanyakan Divendran mengenai ayat dalam bahasa Tamil yang lain.

Antara komen netizen:

“ina kekasih lama…hahahajhahahaha ini kelaka….hahaha”

“bang, buat channel ajar bahasa tamil bang..nak belajar jugak”


Video TikTok yang tular:

@divendranbaskaran Replying to @sukrihassan_ #fyp #tiktokmalaysia #malaytiktok #dee #nansense #N4NSENSE #malaysia #tamiltiktok #hello2023 ♬ SWIPE – ALYPH

Continue Reading
Advertisement