Connect with us

Semasa

Individu Jual Token Dobi Murah di Shopee, Tindakan Sabotaj Ini Bakal Merugikan Pengusaha Dobi, Netizen Cadangkan Pembayaran Cashless

Kebelakangan ini, perniagaan pengusaha dobi dilihat semakin maju kerana ramai di antara kita yang gemar menggunakan perkhidamatan layan diri tersebut.

Iospital phone repair gombak

Bukan sahaja mudah digunakan, malah servis yang disediakan menjimatkan masa dan tenaga, sesuai untuk golongan bekerjaya yang sibuk sehingga tidak sempat untuk mencuci pakaian.

Pun begitu, kini pengusaha dobi bakal berdepan masalah besar kerana terdapat sesetengah pihak tidak bertanggungjawab menjual syiling atau token dobi layan diri di platform Shopee.

Seperti yang ditularkan oleh pengguna Twitter @SyedAkramin baru-baru ini, difahamkan penjualan di platform itu menawarkan dalam jumlah serendah 100 unit, pelbagai jenis dan bentuk seiring dengan mesin dobi layan diri yang tersedia dalam negara.

Penularan penggunaan token dobi yang dijual dengan harga yang lebih rendah berbanding di dobi ini secara tidak langsung bakal memberi kerugian buat pemilik dobi layan diri sekiranya digunakan secara meluas oleh individu tidak bertanggungjawab.

Lebih teruk, bukan sahaja token mesin dobi layan diri sahaja, malah mesin air, arcade dan sebagainya antara yang turut ditawarkan.

Bagi mengelakkan isu ini berterusan, dicadangkan pemilik perlu menawarkan pembayaran secara kod QR, secara cashless.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata bersetuju dengan cadangan jenis pembayaran cashless yang lebih efisien. Selain itu, mereka turut menegur tindakan segelintir individu yang sanggup membeli token ini di Shopee berbanding membayarnya di dobi.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman Twitter

Continue Reading
Advertisement