Dikalangan masyarakat melayu dan india, sudah menjadi adat apabila makan menggunakan tangan apatah lagi jika makan nasi.
Selain singki, ada juga sesetengah kedai makan yang mengamalkan konsep tradisi budaya Malaysia dengan menyediakan bekas air untuk membasuh tangan di meja makan.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana berdepan dengan situasi yang memalukan mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @kamiliaafiqaahh, dapat kita lihat wanita tersebut sedang makan bersama kawannya di restoran Baba Nyonya.
Mereka memesan beberapa hidangan seperti Nasi Ayam Hainan dan minuman teh bunga.
Dia menikmati hidangan tersebut dengan menggunakan tangan. Pun begitu, dengan selamba dia mencelupkan jari pada besen air yang disediakan untuk membasuh tangannya.
Siapa sangka, rupanya besen yang disediakan itu adalah untuk biji cawan yang disediakan bagi menuangkan teh bunga.
“Ingat kan dia sediakan air basuh tangan.. rupanya dalam besen tu tea cup untuk tea” katanya di dalam kapsyen video tersebut
Wanita tersebut yang masih malu dengan gelagat sendiri hanya mampu ketawa mengingat semula tindakkannya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah wanita tersebut malah ada yang beranggapan mungkin dia sudah terbiasa dengan cara dahulu di kampung.
Bukan itu sahaja, ada juga yang akui mereka juga sudah terbiasa dan pantang melihat air dalam baldi, pasti dicelup kerana menyangka ianya digunakan untuk membasuh tangan.
Antara komen warga maya:
“Kita orang kampung, pantang nampak air begitu memang celup je!”
“Hahaha buat hal la..”
“I would do the same”
“Janjii basuhh jee tangan tu..”
“Itu lee.. time makan mata tu jangan tengok hp selalu..”
Video yang tular di laman TikTok: