Sebelum ini, pelakon yang terkenal dengan gelaran ‘Tall, Dark & Handsome’ iaitu Remy Ishak mendapat pujian netizen kerana sikapnya yang mengutamakan solat ketika menjalani penggambaran sebuah drama.
Perkongsian oleh pengguna Twitter itu mendapat perhatian netizen dan peminat yang memuji sikap pelakon itu.
Seorang netizen turut memberitahu Remy juga seorang yang rajin menunaikan solat di masjid dan tidak sombong untuk menegur jemaah lain.
Seperti biasa, pasti ramai wanita meninggalkan komen memuji pelakon itu dengan mengatakan inilah lelaki idaman wanita dan sangat beruntung wanita yang memiliki Remy sebagai suami.
Terbaru, Remy Ishak sekali lagi menjadi trending apabila seorang pengguna laman sosial Twitter ada memuat naik sebuah posting ketika pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu menunaikan solat.
Afiq yang mengimamkan waktu solat berkenaan di sebuah surau pusat beli belah di Kuala Lumpur itu pada mulanya menyangka Remy seorang warga Bangladesh.
“Well tadi i imamkan Remy Ishak you all. Seriously i thought he was just a random bangla joins me ‘bersolat’ together lol i’m sorry bro,” tulisnya.
Tambah Afiq, dia terpaksa menunggu selama beberapa minit untuk bersalaman (antara makmum) kerana ingin menghormati pelakon itu sedang khusyuk berdoa.
“Tak ‘jakun’ jumpa artis, cuma nak kongsi dengan peminat je!”
Katanya lagi, dia sekali lagi terserempak dengan Remy ketika menunggu Grab.
Semoga apa yang dilakukan oleh Remy menjadi contoh tauladan dan ikutan kepada semua umat Islam.