Tidak dinafikan, kos sara hidup yang meningkat masa kini membuatkan ramai lebih memilih untuk berjimat-cermat dalam berbelanja.
Sama juga seperti kisah yang membuka mata orang ramai ini dimana dia menceritakan tentang seorang lelaki yang disangka perompak tetapi kejadian di depan matanya adalah sebaliknya.
Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di salah sebuah kedai 99 Speedmart ketika keluar membeli pasir kucing peliharaannya.
“Tadi aku ke speedmart nak beli pasir kucing. Masa aku keluar kereta aku terserempak dengan lelaki ini. Resah aku tengok. Eh dia ni rapat sangat dengan aku dengan basikal dia. Macam nak rompak aku je.”
“Aku pun gerak terus masuk Speedmart. Lepas tanya pekerja Speedmart mana pasir yang aku nak, aku terus ke lorong belakang. Masa on the way ke belakang aku nampak lelaki tadi ada depan cashier. Duk tengok kiri kanan. Sudah, mamat ni apa ni, nak rompak ke.”
“Aku perhati dia, sambil acah-acah aku pilih barang. Aku terdengar dia cakap dengan cashier dia dengan nada perlahan. Tapi sangat jelas dekat telinga aku. Di tangannya aku nampak kad ATM.”
“Kata lelaki itu ‘Dik, abang nak tanya, abang nak beli maggie dengan beras, kalau kata duit abang dalam kad ni tak cukup, boleh tak adik cancel salah satu’ kata lelai itu,” cerita wanita itu dengan panjang.
Selepas mendengar perbualan itu, wanita tersebut terkejut dan serba salah dengan tindakannya yang memandang negatif kepada lelaki itu.
“Berderau darah aku. Koyak pecah teruk hati bila aku dengar. Ya Allah orang yang aku sangka perompak rupanya tengah struggle,”katanya.
Tambahnya, tanpa terus berlengah, dia meminta cashier untuk mengira barang lelaki tersebut dan memasukkan bil pembayaran bersama bilnya. Lelaki tadi datang dengan sebungkus maggie dan beras 5 kilogram.
“Encik saya dah bayar semua. Ada nak ambil apa-apa lagi. Susu anak ada? – terhembur ayat tu dari mulut aku. Masa tu aku tak berani nak tenung muka dunia sebab aku bersalah nak mati. Cuma sejeling aku nampak mata dia berkaca mungkin terharu.”
“Ya Allah kak, terima kasih. Ini dah cukup”, kata lelaki berkenaan kepada wanita yang menolongnya itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sebak melihat lelaki tersebut namun berterima kasih kepada wanita ini kerana menolongnya.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular: