Connect with us

Viral

Baru Nak Menari Dengan Gadis, Pakcik Berkopiah Dikejar Isteri Siap Pegang Kayu

Perasaan cemburu kaum wanita ini tak boleh dibuat main ya bahkan perasaan ini juga dibawa sehingga ke tua dan tidak dinafikan ada yang bercerai berai dek kerana isu cemburu sahaja.

Lumrah kaum wanita adakalanya memang sanggup melakukan apa sahaja mengikut emosi dan hawa nafsu. Terkadang emosinya melebihi kewarasan akal fikirannya. Bagaimana pun, ini semua atas diri masing-masing sama ada mampu atau tidak untuk mengawal emosi tersebut.

Namun lain pula ceritanya kali ini dimana seorang pakcik seolah-olah sengaja mencari pasal dengan isterinya di sebuah majlis mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @omposisii, kelihatan beberapa orang penari dan penyanyi sedang membuat persembahan di atas pentas di sebuah majlis yang dilihat oleh ramai tetamu ketika itu.

Bagaimana pun, tanpa diduga, seorang pakcik yang siap berkemeja dan berkopiah datang ke atas pentas dan turut bersama-sama menari bersama-sama wanita yang berada di atas pentas tersebut.

Apa yang membuatkan orang ramai lebih terhibur adalah aksi pakcik tersebut akhirnya ‘kantoi’ dengan isterinya. Berang dengan tindakan suami, isteri kepada pakcik itu memarahinya disaksikan oleh tetamu dan dia juga sempat membaling kayu kecil ke arah pakcik tersebut namun tidak sasarannya tidak kena.

Video yang tular di laman TikTok:

@omposisiiYahh ayang♬ suara asli – BotTZzz_

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 8.6M tontonan, 927.4K tanda suka, 14.3K komen dan 50.0K perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen tehibur dengan gelagat pakcik tersebut yang selamba naik ke pentas untuk ‘join’ membuat persembahan bersama wanita lain.

Bukan itu sahaja, malah netizen juga tidak menafikan bahawa perasaan cemburu perempuan jauh lebih kuat berbanding lelaki dan ianya akan dibawa sehingga ke tua malah itu juga menandakan wanita itu sayang akan pasangannya.

Tidak terhenti di situ, wargamaya juga sempat berseloroh dan meninggalkan komen-komen yang lucu terhadap penampilan pakcik tersebut dengan perangainya yang diangga[p bercanggah dan tidak kena.

Beirkut merupakan komen warga maya:

“Kopiah di kepala ingatkan alim, rupanya arwah”

“Kita igt dia alim rupenya dia razak”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.