Connect with us

Viral

Ingin Jadi ‘Hero’, Lelaki Marah Petuas Ambulans Lambat Sampai Siap Bangkit Isu Perkauman Diselar Netizen

Pelbagai berita tentang kemalangan yang dapat kita lihat, dari sekecil-kecil kemalangan hinggalah sebesar-besar kemalangan malah ada yang sehingga meragut nyawa.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini, seorang lelaki berusia 30 tahun dilaporkan maut selepas kereta Perodua Axia yang dipandu kenalannya, wanita berusia 23 tahun, terbabas lalu melanggar tiang batu.

Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya yang juga Ketua Polis Daerah Dang Wangi berkata, kejadian itu berlaku pada jam 5.50 pagi di Jalan Pudu dan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 6.50 pagi.

Difahamkan, pemandu kenderaan jenis Perodua Axia itu hilang kawalan lalu merempuh tiang baru di kiri jalan sebelum terbabas.


Susulan tragedi hitam itu, pemandu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan manakala penumpang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik untuk dibedah siasat.

“Pemandu mengalami kecederaan dan di hantar ke zon merah, Hospital Kuala Lumpur manakala penumpang seorang lelaki berusia 30 tahun cedera parah dan disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimana pun, terdapat sebuah video berkenaan insiden tersebut tular di media sosial. Difahamkan, seorang individu lelaki di tempat kejadian berang dengan pihak ambulans yang lewat tiba di lokasi.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Adinda Qilla, dapat kita lihat lelaki tersebut tidak berpuas hati dan memarahi seorang petugas sekaligus menyelit tentang isu perkauman.



Pun begitu , kelihatan petugas itu tidak mengendahkan segala yang dikatakan dan kekal tenang menjalankan tugas.

“Terima kasih kepada petugas ambulans berkenaan yang steady je. Memang profesional dan sudah memberikan bantuan yang terbaik. Kepada brader yang memekak tu, kau tak payah nak main isu perkauman. Dah 2022 pun, salah kau juga apa pasal tak pergi kursus latihan pertolongan cemas. Benda bukan kena bayar pun, at least boleh bagi rawatan awal sementara menunggu ketibaan ambulans!”-Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyelar tindakan lelaki terbabit yang dikatakan sengaja membuat kekecohan dan cuba menjadi hero serta membangkitkan isu perkauman.

Antara komen warga maya:

“Tidak boleh salahkan pihak hospital juga.. bukan pakai jet nak sampai tempat kemalangan”

“Mereka hanya menjalankan tugas.. bukan satu kemalangan yang perlu ditempuhi malah silih berganti”

“Yang bising2 tu apasal tak bawa mangsa terus ke hospital”

“Kau ingat ambulans saja2 nak lambat ke?”

Video yang tular di laman Facebook:

Tekan di sini untuk melihat video Part 1 dan Part 2.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.