Connect with us

Viral

“Ini baju kelakar” Gadis Kongsi Rekaan Baju Kelawar Undang Dekah Netizen

Kaftan merupakan baju seperti jubah yang mempunyai tangan terus hingga ke kaki di panggil baju layang atau lebih dikenali sebagai baju kelawar. Ia selalunya dibuat daripada fabrik kapas atau sutera.

Di Malaysia, selalunya baju kelawar hanya di pakai sebagai baju tidur atau baju di rumah kerana ia selesa dan sesuai dengan iklim negara ini malah bentuk rekaan baju kelawar yang agak loose memberikan keselesaan kepada si pemakai untuk bergerak dengan bebas.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah kali ini dimana seorang gadis berkongsikan rekaan baju kelawar yang dibelinya ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok iaitu @Snhhhhhhhhh, memaparkan baju kelawar yang dibelinya sangat pelik dan difahamkan tukang jahitnya tidak tahu cara yang betul untuk menjahit baju kelawar tersebut.

Bukan itu sahaja, lihatlah baju tersebut dimana bahagian tangan baju itu dijahit dengan begitu pelik sehingga membuatkan gadis itu kelihatan seperti kelawar.

Apa yang lebih memn=buatkan netizen berdekah adalah gadis itu juga siap berpura-pura terbang dengan gaya seperti seekor kelawar sambil memakai baju kelawar tersebut.

Bahkan disebabkan pada bahagian tangan baju tersebut dijahit dengan begitu kecil, gadis tersebut turut kelihatan seperti seekor kelawar semasa memakainya.

Video yang tular di laman TikTok:

@snh_________🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 705.4K tontonan, 95.8K tanda suka, 1926 komen dan 3476 perkongsian di aplikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan hasil baju kelawar yang dijahit sehinggakan wanita tersebut terlihat seperti seekor kelawar bila memakainya.

“Ada yg bleh bgtau dia dh terbang smpai mana?”- Netizen

Malah dalam masa yang sama ada juga para netizen yang berseloroh mengatakan dia kini sudah boleh terbang dan pergi ke habitat asal kerana terlihat seperti kelawar.

Berikut merupakan komen warga maya:


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.