Dalam kehidupan seharian, sudah pasti kita dikelilingi oleh manusia yang tidak beradab dan sangat mementingkan diri sendiri.
Perbuatan cop parkir menggunakan kon, pasu bunga dan sebagainya di tempat letak kereta awam memang salah satu jenis kesalahan yang sering kali dilakukan oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat beberapa individu yang ‘selamba’ melakukan perkara tersebut tanpa rasa bersalah.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @syaamil_, segelintir penduduk di kawasan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai di Pantai Dalam bertindak untuk cop parkir walaupun parkir di kawasan tersebut mengamalkan sistem terbuka atau bahasa mudahnya ‘siapa cepat dia dapat’.
Pemuda ini juga meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap dan mentaliti segelintir penduduk di kawasan rumah PPR tersebut kerana tempat letak kereta itu bukanlah dibayar individu yang cop parkir.
Perkongsian yang tular di laman Twitter:
Meninjau di reaksi warga netizen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang mementingkan diri sendiri malah ada juga yang berkongsi pengalaman yang lebih kurang sama.
Menurut beberapa individu lain, mereka pernah berdepan isu yang sama serta bertindak mengalihkan kon cop parkir dan meletakkan kenderaan mereka tetapi kereta mereka menjadi mangsa ‘vandalisme’ seperti dicalarkan, diletakkan sampah dan sebagainya.
Antara reaksi warga maya: