Connect with us

Viral

“Ini bukan kreatif, ni bodoh!” Ubahsuai Phone Holder Bagi Bayi Menyusu Botol, Idea Merapu Seller Buat Ramai Berang!

Menjadi ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah bahkan tanggungjawab yang dipikul sangat besar apatah lagi bila melibatkan kesihatan anak-anak.

Tidak cukup dengan itu, ibu bapa juga perlu mempunyai ilmu sebelum menimang cahaya mata contohnya daripada segi pemakanan, didikan dan keselamatan bayi.

Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana cara marketing seorang seller buat ramai berang!

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @SyedAkramin, dapat kita lihat lelaki ini menegur sikap penjual yang melakukan marketing tidak tidak berasas mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, penjual tersebut memuat naik satu gambar dimana mendakwa bahawa seorang bapa telah ditugaskan untuk memberi bayi kembarnya menyusu botol namun telah menggunakan cara yang ‘kreatif’ kononnya bagi tujuan memudahkan cara.


Si bapa itu didapati telah menggunakan pemegang telefon yang diubahsuai dengan botol susu serta disangkut di kepala katil.

Dapat kita lihat dua bayi diletakkan di atas bantal sambil minum susu yang digantung pada phone holder.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap ayah kepada dua bayi tersebut yang sambil lewa tentang keselamatan anak-anak sekaligus geram dengan tindakan peniaga yang menggunakan situasi tersebut untuk menjual barangannya.

“Ya Allah, tengok terus rasa nak marah. Tolong la sensitif, cakna ada perikemanusiaan sikit. Boleh tersedak baby tu.”- Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui bayi berisiko mengalami situasi tersedak susu dan boleh menyumbang kepada sesak nafas dan kematian.

Antara komen warga maya:

Perkongsian yang tular di laman Twitter:

Continue Reading
Advertisement