Sejak akhir-akhir ini semakin ramai puak-puak yang seakan berani memainkan isu-isu sensitif di negara kita.
Walaupun dalam bulan kemerdekaan, di mana bulan yang sepatutnya menyatukan semua bangsa di Malaysia, golongan yang tidak pernah berpuas hati dengan apa yang diberikan ini seolah-olah sengaja mahu menimbulkan kekacauan.
Jadi, apa yang harus kita lakukan adalah perlu bertenang dan seharusnya tidak perlu memberikan sebarang layanan kepada mereka.
Dalam usaha memartabatkan tulisan jawi, marilah kita bersama-sama menggunakannya agar tidak hilang terus ditelan zaman moden.
Anda tak tahu tulis jawi? Jangan risau, kalau anda pandai baca Al-Quran pasti pandai guna tulisan jawi. Melayu Islam kan?
Cara Guna Tulisan Jawi Pada Android
- Masuk ke dalam Setting
- Klik Language and Inputs
- Pilih Keyboards
- Klik pada Add New Keyboard
- Pilih Arabic
Cara Guna Tulisan Jawi Pada iPhone
- Masuk ke dalam Setting
- Klik General
- Klik Keyboard
- Pilih Keyboards
- Klik pada Add New Keyboard
- Pilih Arabic
Cara untuk menggunakan huruf arabic ini adalah dengan menukar kekunci keyboard semasa anda mahu menaip seperti ditunjukkan di bawah.
Kemudian, pilih tulisan Arab.
Untuk penggunaan huruf jawi seperti ڤ ‘Pa’ گ ‘Ga’ dan چ ‘Cha’ anda perlu menekan kekunci uruf ‘Fa’ ‘Kaf’ dan ‘Jim’ dengan lama sehingga keluar huruf tersebut.
Huruf ‘Pa’
Huruf ‘Ga’
Huruf ‘Cha’
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca YOY Network dan dapat disebarkan kepada kenalan yang lain.
Sama-sama kita sebarkan kebaikan.