“Zaman aku getah paip tali pinggang, zaman kamu surat layang duit terbang”
Begitulah petikan daripada lagu ‘Chikadun’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Floor 88 malah berkait rapat dengan topik kali ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video dimana mengatakan seorang guru wanita telah membuli muridnya memandangkan pelajar terbabit melutut ketika ditegur.
Difahamkan, kejadian tersebut dikatakan berlaku di SMK Seremban Jaya 2 dan pengguna TikTok tersebut meminta agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap kejadian dalam video yang tular itu.
“Guru smk seremban Jaya 2 buli pelajar India di sekolah tersebut. Apakah tindakan yang ambil oleh pihak sekolah, PPD, JPN, Adun SJ yb Guna” Ujarnya di ruangan kapsyen
Bagaimanapun, niatnya yang ingin menjadi ‘batu api’ seakan tidak berjaya apabila ramai daripada warga maya menyokong tindakan guru terbabit.
Menerusi video tersebut, dapat kita lihat guru itu memarahi anak didiknya kerana telah melakukan vandalisme dengan menconteng dinding kelas.
Bukan itu sahaja, pelajar tersebut juga mendapat pujian ramai apabila dilihat melutut ketika meminta maaf pada gurunya atas kesalahan yang dilakukan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyelar tuduhan buli yang dilemparkan pengguna TikTok itu kepada guru wanita terbabit dan merasakan cara tersebut sama sekali tidak salah.
Tidak cukup dengan itu, netizen menyokong apa yang dilakukan guru tersebut kerana ianya bertujuan untuk mendidik agar menjadi manusia yang lebih berguna.
Antara komen warga maya:
“ini di panggil disiplin. Terbaik cikgu”
“cikgu tegur seorang pelajar pun nampak cantik dan cara pelajar meminta maaf pun nampak cantik”
“tindakan yang tepat.. ni bukan buli.. ni pengajaran”
“vandalisme kat sekolah kena lah tegas”
“first time tengok budak sekolah sujud kaki cikgu.. cara dia minta maaf memang ‘salute'”
“apa yang buli? didik murid tugas cikgu”
Video yang tular di laman TikTok: