Chia Seed adalah biji-bijian kecil yang mengandungi banyak kebaikan kepada pengamalnya. Walaupun saiznya yang kecil namun Chia Seed mempunyai banyak khasiat sehingga ia digelar Super Food.
Bentuk Chia Seed kecil yang seakan menyerupai biji selasih (Basil Seed) yang sering kita letakkan di dalam air sirap, walaupun seakan kembar tapi mereka tidaklah sama terutama dari segi kelebihan masing masing.
Chia Seed merupakan biji-bijian yang berasal daripada tumbuhan yang diberi nama Salvia Hispanic. Chia seed boleh dimakan tanpa perlu direndam terlebih dahulu tidak seperti biji selasih.
Menurut salah satu sumber, Chia Seed ini dipercayai berasal dari negara Amerika Tengah dan merupakan salah satu makanan asas dalam diet masyarakat sejak dari zaman kuno Aztec.
Disamping itu, Chia Seed mengenyangkan dan ia membantu mengawal berat badan untuk kurus. Ia sering diamalkan oleh mereka yang dalam proses mendapatkan berat yang ideal.
Oleh itu, Chia Seed sesuai ditambah ke dalam pelbagai menu yang direka bagi pengguna yang mahukan khasiat Chia Seed dalam pemakanan harian mereka.
Ramai diantara mereka menjadikan Chia Seed salah satu bahan dalam menu diet mereka. Tidak dapat dinafikan, dengan campuran Chia Seed pada menu diet mereka ia kelihatan menyelerakan selain dipercayai boleh membantu menurunkan berat badan.
Selain itu, Chia Seed juga sesuai ditambah didalam desert,yogurt, oat, atau salad buah kerana chia seed tidak mempunyai rasa jelas, ia juga tidak pahit atau masam dan tidak menjejaskan khasiat makanan lain.
Disamping itu, Chia Seed boleh menggantikan telur dalam pemakanan diet kita. Chia Seed boleh dimakan mentah, ditambah ke dalam makanan atau direndam terlebih dahulu sebelum dimakan.
Seperti yang kita semua ketahui, Chia Seed merupakan biji-bijian yang amat baik untuk kesihatan malah juga bagus untuk diamalkan oleh ibu-ibu yang sedang mengandung.
Namun begitu, jika anda merupakan seorang yang alah atau alergic pada biji-bijian atau kekacang anda dinasihatkan untuk bertanya pada doctor atau pegawai kesihatan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.
Selain itu jika anda juga mempunyai masalah kesihatan lain seperti darah tinggi, kencing manis dan mengambil ubat-ubatan, anda juga turut dinasihati mendapatkan pandangan pegawai kesihatan terlebih dahulu.
Chia Seed mengandungi khasiat yang tersendiri yang membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Selain itu, ia juga memberi manfaat kepada ibu mengandung. Berikut merupakan beberapa khasiat Chia Seed kepada ibu mengandung.
5 Khasiat Chia Seed Untuk Ibu Mengandung
1. KAYA OMEGA-3
- Chia Seed merupakan biji-bijian yang kaya dengan asid lemak Omega-3. Omega-3 merupakan salah satu asid lemak yang penting kesihatan otak dan juga perkembangan bayi dalam kandungan.
- Selain itu, ia juga membantu menyihatkan kulit yang tampak lebih berseri-seri, kesihatan kuku dan rambut supaya rambut nampak lebih sihat dan bermaya.
2. SUMBER KALSIUM YANG TINGGI.
- Kalsium amat penting untuk ibu mengandung. Ibu mengandung perlu mengambil kalsium yang mencukupi untuk perkembangan bayi yang normal.
- Kalsium amat diperlukan membantu perkembangan tulang bayi terutama ketika ibu mengandung dalam trimester ketiga.
- Chia Seed mengandungi sumber kalsium yang tinggi dan bagus untuk ibu mengandung dan mampu membekalkan nutrisi kepada mereka.
3. MENGATASI MASALAH SEMBELIT
- Ibu mengandung melalui perubahan fizikal badan dan juga perubahan hormon ketika hamil. Disebabkan itu, mereka sering mengalami pelbagai masalah yang timbul salah satunya adalah sembelit.
- Chia Seed dapat mengatasi masalah sembelit kerana mengamalkannya akan mampu memenuhi 38% daripada jumber fiber yang diperlukan oleh tubih badan manusia.
4. MENGUATKAN KETAHANAN BADAN
- Chia Seed juga membantu menguatkan ketahanan badan ibu mengandung supaya mereka tidak mudah jatuh sakit atau dijangkiti penyakit dan sentiasa berada dalam keadaan sihat sepanjang waktu kehamilan.
5. MENINGKATKAN ZAT BESI DALAM DARAH
- Sepanjang proses kehamilan, isipadu darah wanita hamil meningkat sehingga 50%. Chia Seed dapat membantu meningkatkan zat besi dalam darah bagi ibu mengandung.
- Oleh kerana zat besi amat diperlukan oleh ibu mengandung supaya ibu peroleh zat besi yang secukupnya dan tidak menghadapi sebarang masalah untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh badan dengan efisyen.
6. MENGURANGKAN KEKEJANGAN / CRAMP.
- Kekejangan otot sering dikaitkan dengan kekurangan magnesium. Chia Seed mengandungi kandungan magnesium yang lebih tinggi berbanding brokoli.
- Selain itu, kekurangan magnesium juga boleh menyebabkan ibu mengandung berasa loya dan muntah-muntah.
Semoga dengan pengambilan Chia Seed ini membantu dalam kita menjalani kehidupan harian kita. Selain mendapatkan kulit wajah yang berseri, rambut yang bermaya ia juga membantu menurunkan berat badan ke tahap ideal yang diimpian oleh semua. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.