Connect with us

Viral

“Realiti suri rumah,” Anak Sakan Bergaduh, Cara Wanita Ini Kawal Anak Buat Ramai Boleh Relate

Kalau sudah namanya adik beradik, bergaduh sudah jadi sangat sinonim. Kadang-kadang, penyebabnya adalah sekecil-kecil hal.

Contohnya sebab susu terlebih 1mm dari abang sahaja. Tapi perang berlarutan sampai ke malam.

Sunyi kalau tiada ragam gelak tawa dan gurau senda anak=anak ketika dirumah. Namun, kalau dah bergaduh, penjaga pula yang boleh naik hantu. Silap haribulan boleh bertukar jadi raksasa agaknya!

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita yang dikenali sebagai June Erniey berkongsi realiti hidup sebagai seorang suri rumah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook, dilihat 2 orang anak perempuannya yang sedang berbalah kerana masing-masing tidak mahu kalah.

Sebagai ibu, June akui terpaksa masuk campur dengan suara yang lantang dan tidak mampu menjadi seperti golongan ibu-ibu yang selalu bercakap lembut terhadap anak-anak.

Bagaimana pun, 2 orang anaknya dilihat menangis menyesali perbuatan mereka sambil meminta maaf sama sendiri.

“Masing-masing dah meluahkan rasa geram lepas tu masing-masing sedar. Nangis tu tanda sesal dengan apa yang berlaku.”

“Aku ni bukan la mak yang biarkan sahaja anak gaduh mesti ajarkan diorang utk salam dan mintak maaf sesama sendiri.”

Video yang tular di laman Facebook:

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen yang bergelar ibu boleh’relate’ dengan situasi tersebut. Manakan tidak, kitalah suri rumah, kita lah ibu, mana nak jaga anak, mana nak jaga urusan rumah. Sudah pasti adakalanya para ibu boleh ‘naik hantu’ bila anak bergaduh.

Dalam pada masa yang sama, para netizen juga menyifatkan bahawa tiada siapa yang tidak mahu yang terbaik untuk anak dan menyifatkan wanita terebut merupakan ibu yang baik.

Bukan itu sahaja, wanita ini juga berharap agar masyarakat tidak membandingkan caranya menegur anak dengan orang lain kerana tidak semestinya cara yang berlainan menandakan dia tidak menyayangi anak-anaknya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“takpe sis kita je yang faham anak kita”

“saya setuju cara sis.. kita tahu nak mendidik anak kita..”


“housewife bila luah perasaan semua dianggap salah.. mak mana tak sayangkan anak..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.