Connect with us

Kesihatan

Ini Minuman Buatkan Tak Rasa Nak Makan Malam, Cepat Kenyang dan Boleh Cepat Kurus Hanya Guna 4 Bahan

Terdapat ramai orang yang gagal untuk berdiet kerana tidak dapat menahan nafsu makan mereka terutama ketika waktu makan malam kerana ramai dari kita berpendapat makan malam perlu seberat makan tengahhari.

Hal ini menyebabkan ramai yang pada mulanya menahan nafsu untuk mengambil makan malam tetapi tewas setelah beberapa jam menahan lapar. Dan yang lebih menyedihkan, selepas mereka mengambil makan malam tidak sampai 3 jam kemudian mereka tidur.

Jika ini rutin anda, maka lambatlah anda dapat pakai baju kebaya. Bagi mereka yang mengalami masalah gagal menahan nafsu ketika berdiet pasti ada ketika mereka berputus asa untuk mencuba.

Seorang pengguna laman sosial facebook berkongsi berita gembira apabila memberikan resepi satu minuman yang dibuat sendiri dirumah. Minuman ini berkesan kerana anda akan sentiasa berasa kenyang.

Petua ini dikongsi oleh saudari Nurul Moleek Cereprove yang mengamalkan jus ini dan terbukti berkesan. Mari kita lihat resepi ini yang hanya menggunakan 4 bahan dan kosnya yang murah yang dikongsikan.

Petua Kurus Dan Atasi Sembelit

Petua ni sy dapat kt blog mat salleh. sy try amal mmg ok sgt2 la..sy amal minum malam. sy minum pkl 7 pstu mmg kenyang smpi tido. sembelit mmg dah xde lansung.. susu pun xde masalah..bnyk je utk baby. yg best tu perut rasa kenyang je amal ni…ada bnyk resepi lain tp sy share yg ni dulu la… sapa nak share silakan. sy halalkan ye..

Bahan-Bahannya adalah seperti berikut:

  • 1 biji epal hijau
  • 2 biji kurma
  • 1 sdt serbuk Kayu Manis Ceylon
  • 1 gelas susu (sy pilih susu berkrim tu sebab rasa lemak lagi sedap hehe. nak lagi bagus pilih yang low-fat punya)

*Saya amal kan Kayu Manis Ceylon tu sebab khasiat dia yang lagi baik dari kayu manis biasa. Dari segi rasa, Aryan Kayu Manis Ceylon ni kurang rasa rempah dia dan lebih manis & sedap sbb gred paling tinggi.  

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Cara-cara menyediakannya mudah sahaja. Pertama sekali, anda perlu potong buah kurma dan epal kepada bahagian-bahagian kecil.
  2. Epal tadi  tidak perlu dibuang kulitnya kerana kulit epal mengandungi kandungan Flavonoid dan bagus intuk kulit serta membantu memelihara jantung dan mengelakkan stroke.
  3. Kemudian, masukkan susu dan buah-buahan yang telah dipotong tadi.
  4. Jika anda mahu lagi sedap boleh masukkan beberapa ketul ais.
  5. Selepas itu, anda boleh masukkan Kayu Manis Ceylon tadi.
  6. Kemudian, blender bahan-bahan tadi sehingga halus dan sebati kesemua bahan tadi.
  7. Jangan tapis  anda boleh minum semua sekali.

Dah siap. Boleh amal setiap hari. Perut buncit selepas mengandung pun dah kurang bila slalu amal ni.

Khasiat Kayu Manis Ceylon

  • Kayu manis ceylon berperanan sebagai mengawal paras glukosa & dan mengawal  penyimpanan lemak.
  • Kandungan karbohidrat & kombinasi serat tinggi mampu beri rasa kenyang lebih lama.
  • Menyingkirkan toksin dari badan.
  • Mengatasi sembelit dan masalah usus tersumbat.
  • Boleh mencegah masalah perut dan usus.
    Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca. Anda juga boleh amalkan menjelang ramadhan yang bakal tiba ini dan semoga ada yang mencuba berjaya dan tampil menarik dihari raya. Selamat mencuba!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.