Connect with us

#MalaysiaBaru

Ini Punca ‘Servis Sidek’ Diharamkan Yang Pernah Dipopularkan Oleh Anak-anak Sidek

Anak-anak Sidek adalah keluarga Malaysia yang mempunyai sejarah penting dalam badminton profesional. Sidek Abdullah Kamar adalah bapa kepada keluarga badminton Malaysia yang paling terkenal, yang menjadi nadi untuk anak-anaknya berjaya menjadi juara dalam sukan badminton.

Beliau mula melatih anak-anaknya pada usia muda di rumah mereka di Banting. Tidak lama kemudian anak-anak Sidek dibawa oleh seorang jurulatih BAM  ke Institusi Victoria di Kuala Lumpur untuk menjalani latihan.

Lima anak-anak Sidek, semua pemain kelas dunia memulakan kejayaan mereka pada awal tahun 1980-an. Mereka memenangi gelaran dan pingat dalam kejohanan utama, termasuk All-England, Piala Dunia, Sukan Olimpik dan banyak kejohanan Terbuka yang besar.

Pada tahun 1985, keluarga Sidek membuat sejarah apabila mereka menjadi kumpulan yang mempunyai hubungan saudara terbesar yang pernah mewakili negara di luar negara dalam acara sukan yang sama.

Misbun, Razif, Jalani, Rahman dan Rashid semuanya terpilih untuk bersaing di Terbuka Hong Kong. Mereka juga dikenali sebagai pengasas Servis”S” ataupun Servis Sidek yang terkenal. Servis S ini sangat unik di mana ia menyebabkan pergerakan bulu tangkis menjadi ulang-alik yang tidak menentu.

Servis S ini membuatkan pemain lawan menjadi bingung kerana arah tuju bulu tangkis yang tidak menentu. Lihat bagaimana service S dilakukan di dalam video di bawah.

Walaubagaimanapun servis ini dianggap kontroversi. Banyak bantahan yang timbulkan oleh pihak-pihak antarabangsa dimana pada Mei 1981, England dan Denmark mencadangkan supaya pindaan dibuat dan Servis S ini diharamkan. Cadangan itu dibantah oleh Malaysia dan Indonesia.

Akhirnya, Servis Sidek ataupun Service S ini telah diharamkan pada 1 Julai 1982 untuk dimainkan di dalam semua pertandingan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) kerana menyebabkan banyak gangguan. Keputusan ini dibuat berdasarkan undi majoriti negara meyokong untuk mengharamkan servis S ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.