Connect with us

Resepi

Ini Resepi Ayam Goreng KFC Wajib Anda Cuba!

Kalau di Malaysia ni, ayam goreng pastinya digemari oleh semua orang tidak kiralah kanak-kanak mahupun kita yang dah dewasa. Dan ayam goreng kegemaran ramai sudah tentu KFC kan?

Dengan kulit yang digoreng rangup dan isinya yang sangat juicy. Lagi-lagi kalau dapat makan panas-panas memang sedap!

Ayam goreng juga salah satu menu masakan yang senang dan mudah untuk dimasak. Biasanya, kalau nak jimat masa, kita akan goreng ayam yang digaul dengan kunyit saja.

Tetapi, kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara membuat ayam goreng ala KFC yang mudah dan sangat sedap. Anda bolehlah mencuba resepi ini untuk hidangan anda sekeluarga. Memang sedap hingga menjilat jari.

Bahan-Bahan Perap

Ayam 1/2 ekor

2 Sudu besar serbuk cili (ikut citarasa masing-masing)

2 Sudu besar serbuk kari

10 Ulas bawang putih (ditumbuk)

1 Sudu besar serbuk lada hitam

1 Sudu besar lada sulah

2 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk perasa

1 Sudu kecil soda bikarbonat

1 Sudu kecil cuka (untuk ayam juicy)

Bahan Salut:

2 Biji telur

1 Cawan tepung gandum

1 Cawan tepung jagung

1 Sudu kecil garam

1 Sudu kecil serbuk cili

1 Sudu kecil soda bikarbonat

Cara-caranya:

1. Mula-mula, masukkan ayam ke dalam bekas besar dan masukkan kesemua bahan perap. Kemudian,gaul semua bahan tersebut sehingga rata.

2. Pastikan ayam diperap sekurang-kurangnya 30 minit, lagi lama anda perap lagi sedap sebab ia meresap ke dalam! Setelah diperap, masukkan telur dan gaul hingga rata.

3. Kemudian, gaul rata kesemua bahan salut. Masukkan ayam ke dalam bahan salut dan salutkan pada keseluruhan ayam.

4. Panaskan minyak dan pastikan minyak betul-betul panas tau! Goreng ayam di dalam minyak yang banyak (deep fry). Setelah kekuningan, angkat ayam dan toskan.

5. Siap!

Inilah hasilnya, ayam goreng ala KFC homemade. Rangup di luar, juicy di dalam sedia untuk dihidangkan. Selamat menjamu selera!

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.