Nasi ayam pasti menjadi kegemaran anak-anak dan suami. Resepi nasi ayam yang selalu diminati orang kita semestinya nasi ayam hainan.
Nasi ayam hainan menggunakan ayam yang direbus, bukan ayam goreng atau ayam panggang.
Isinya yang lembab “juicy” dan lembut memang sangat mudah memikat selera anak-anak. Resepi nasi ayam hainan chinese style ini sangat simple tapi cukup rasa dan aromanya.
Ditambah pula dengan kicap masin, sambil cili yang simple dan paling penting sekali, sos halia bersama bawang putih.
Jadi, jika anda tak sabar untuk mencuba resepi nasi ayam hainan ini, sila lah ikut step by step cara-cara memasak nasi ayam hainan seperti di bawah.
Bahan-bahan untuk ayam dan sup :
Ini untuk 1/2 – 1 ekor ayam ya.
- ½ ekor ayam
- Daun pandan simpul
- Daun sup atau daun celery
- Daun bawang
- 1 inci halia (diketuk)
- 1 biji bunga lawang
- 3 biji bunga cengkih
- 1 batang kayu manis (sederhana kecil)
- 1 biji buah pelaga
- 1 kiub pati ayam
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu besar jus limau nipis
Cara-caranya :
1. Masukkan semua bahan dan air sehingga ayam tenggelam. Kemudian didihkan. Setelah mendidih, barulah perlahan-lahan masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan 15 -20 minit.
2. Dalam bekas lain, letak ketulan ais bersama air. Ini bertujuan untuk matikan proses memasak dan bagi mendapatkan isi ayam yang lembut dan lembap.
3. Selepas 15 minit ayam masak di dalam periuk, angkat ayam dan cucuk bahagian yg tiada kulit. Jika tiada warna darah keluar maknanya ayam telah masak. Lalu, masukkan ayam ke dalam air berais tadi selama 1 minit dan toskan ayam.
4. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu.
5. Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap
Bahan-bahan untuk nasi :
- 2 cawan beras (dibasuh dan ditoskan)
- 1 sudu besar lemak ayam dan kulit ayam
- 1 ulas bawang putih (dietuk)
- ½ inci halia (dihiris nipis)
- Daun pandan simpul
- 3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara-caranya :
1. Panaskan kuali dengan minyak masak. Masukkan kesemua bahan-bahan dan tumis hingga wangi dan garing.
2. Kemudian, masukkan beras yang telah kita basuh dan toskan tadi. Goreng beras hingga berkilat.
3. Bila beras sudah garing dan berkilat, masukkan ke dalam periuk nasi bersama air rebusan ayam. Air kurang daripada sukatan nasi biasa.
4. Masak nasi. Bila hampir kering, gemburkan nasi perlahan-lahan supaya berderai cantik
Bahan-bahan untuk kicap (siram atas ayam) :
- 1 senduk kicap masin cair
- 1 sendup air rebusan ayam
- 1 sudu kecil minyak bijan
Cara-cara :
1. Gaul sebati kesemua bahan di atas.
2. Siap
Bahan-bahan untuk ‘Ginger Garlic Oil’ :
- 2 inci halia muda (diparut)
- 2 ulas bawang putih (diparut)
- 1 sudu kecil daun bawang (dihiris)
- 1 senduk minyak masak
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak hingga betul-betul panas.
2. Kemudian matikan api dan terus masukkan kesemua bahan-bahan di atas serentak. Kacau dan biarkan hingga bunyi berdesir hilang.
Bahan-bahan untuk sambal cili :
- 2 batang cili merah besar
- 2 batang cili padi merah
- ½ biji jus limau nipis
Cara-caranya :
1. Kisarkan kesemua bahan di atas dengan sedikit air rebusan ayam hingga lumat. Kemudian, masak di atas api sederhana sebentar.
2. Tambahkan garam dan gula untuk menyedapkan sos cili kita.
Resipi nasi ayam hainan ini dipanggil chinese style. Jika anda nak cuba masak nasi ayam panggang, sila ke lama Resipi Nasi Ayam Panggang.
Selamat mencuba!