Tentunya ramai di antara kita yang tertarik dengan cara lakonan pelakon di televisyen di mana mereka begitu tenang membawa kereta.
Malah jika ada ‘scene’ suami menghantar isteri ke tempat kerja, tentu mereka sempat bermanja di dalam kereta siap tenung lama-lama.
Kalau ikut logik, memang tidak lah akan jadi begitu kerana pemandu seharusnya memberi tumpuan yang lebih kepada pemanduan bahkan tak sempat nak tenung si isteri lama lama. Silap hari bulan, lain pula jadinya.
Sama dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki tampil ‘pecahkan rahsia’ bagaimana pelakon boleh memandang orang sebelah sambil memandu.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nzrxl_, sebenarnya pelakon dibantu oleh krew di set penggambaran dan tidak memandu kereta sendiri.
Rakaman tersebut sekaligus menjawab tanda tanya orang ramai selama ini bagaimana pelakon ‘selamba’ boleh berbual siap bergurau di dalam kereta.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen baru tahu bagaimana keadaan di sebalik takbir dan tidak menyangka selama ini pelakon tidak memandu sendiri.
Berikut antara komen warga maya:
“ingat drive betul2”
“ciss, baru terjawab rupanya kenapa boleh bertentang mata bila drive, lama lak tu”
“asa tak dedah tahun depan bang? baru genap umur aku 30”
“patutlah kadang tu tengok macam tak pegang stereng kereta pun”
“umur 29 baru tahu”
“patut la masa tengah drive boleh pula mata bertentang mata.. lama pula tu.. pelik tengok”
“macam ni rupanya dia orang shooting drama”
Berikut video yang telah tular di laman Tiktok: