Pasti ramai yang pernah dengar sebuah mitos yang diwar-warkan sejak lama dahulu dimana bagi mereka yang mahu zuriat boleh berikhtiar mandi di Tasik Dayang Bunting, Langkawi.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita berkongsi kejayaan mereka mendapatkan zuriat selepas berikhtiar di Tasik Dayang Bunting mencuri perhatian ramai.
Dek kerana perkara itu, seorang pengguna TikTok iaitu @malissaali tampil menjelaskan bahawa ‘ikhtiar’ yang dilakukan itu adalah khurafat dan boleh jatuh syirik serta memesongkan akidah seseorang.
Malah dia turut menyuarakan kebimbangannya terhadap kisah-kisah mitos yang dikongsikan oleh individu masa kini.
Perkongsian yang tular:
Sudah pasti, ramai diantara netizen tidak bersetuju dengan mitos tersebut dan hairan kerana masih ada yang percaya kepercayaan lama di zaman moden ini.
Tidak cukup dengan itu, kita sebagai umat islam sepatutnya percaya teguh pada Allah dan tidak mempraktikkan amalan ini. Tidak salah jika ingin ikhtiar namun haruslah berlandaskan agama agar akidah tidak terpesong.
Bagi yang belum mendapatkan zuriat, harusnya kita bersabar dan menganggap ianya satu ujian bahkan ada hikmah disebalik perkara tersebut kerana sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya.
Antara reaksi warga maya: