Kek Milo Viral ini telah tular di media sosial dengan ribuan perkongsian dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Cara penyediaan yang mudah dengan menggunakan bahan yang sedikit tetapi kek ini mampu memberikan rasa yang sedap.
Rata-rata ibu dan surirumah yang telah mencuba resepi ini begitu berpuas hati dengan rasa kek sedap dengan harga kos bahan yang murah.
Resepi kek milo viral mudah dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja ini telah dikongsikan oleh saudari Sara Vee.
Rupa dia biasa sahaja tapi rasa dia memang sedap.
Resepi Kek Milo Viral Dengan Menggunakan 3 Bahan Sahaja
Bahan-bahan
- 4 biji telur
- 2 cawan milo
- 2 sudu besar susu pekat
Cara-cara membuat Kek Milo Viral:
- Pukul telur menggunakan (mixer) selama 3 minit.
- Kemudian masukkan ke dalam loyang.
- Bakar selama 45 minit dengan suhu 180’c.
Kek Milo Viral telah siap. Kek tadi saya letakkan toping milo di atasnya. Mari kita lihat bagaimana membuat topping milo yang sedap ini.
Resepi membuat Topping
Bahan-bahan
- 1 cawan milo
- 2 sudu besar minyak masa
- 3 sudu besar air
- 1/2 cawan susu pekat
Cara-cara penyediaannya adalah:
- Campurkan semua bahan-bahan
- Masak secara ‘double boiler’
- Kacau hingga adunan sebati dan tidak berketul
- Apabila adunan telah berkilat, tutup api.
- Bila kek milo tadi telah masak, sejukkan kek terlebih dahulu.
- Kemudian boleh tuangkan topping tadi di atas kek dan terpulang kepada kreativiti masing-masing untuk menghias kek samada menggunakan cokelat rice, badam atau sebagainya.
Selamat Mencuba!!!