Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice ialah seorang penulis lagu, penyanyi, penerbit rakaman, ahli perniagaan dan penceramah motivasi Malaysia sering kali mengulas isu isu viral di akaun Instagram miliknya sekali lagi mencetuskan tanda tanya kepada kita semua.
Terbaharu, penyanyi rap itu telah berkongsikan bahawa dirinya akan ‘berehat’ sebentar dari dunia media sosial terutamanya dalam berkongsi perkara yang dihadapinya ketika ini.
Menurutnya semalam, amaran itu muncul selepas dia memuat naik satu posting yang membabitkan satu protes yang telah berlaku di ibu negara, Kuala Lumpur.
Katanya,dia telah menerima banyak ugutan dari isunya dengan pihak tertentu yang masih menjadi tanda tanya para netizen.
Caprice juga turut meminta maaf kepada Malaysia dan memberitahu bahawa itu adalah posting terakhirnya di Instagram.
Menurutnya lagi, dia tetap akan meneruskan misi sehingga selesai dan akan cuba untuk melakukan yang terbaik sebelum pulang ke tanah air berjumpa keluarga tercinta dan insan tercinta.
“Walaupon misi kita ni makin lama jadi terlalu dalam sangat, sampai kita terima banyak ugutan… sampai seorang ahli organisasi gelap tibe2 muncul dekat hotel caprice…
“Sampai IG caprice akan kene delete… kita tetap akan teruskan. Caprice doa hari2 untuk tunjuk jalan dan kurangkan beban ni.
“InsyaAllah. Caprice minta maaf kepada rakyat Malaysia sape2 yang terase dgn ape berlaku. Bila kita sudah sampai sini, caprice nak bantu rakyat palestine, dan cuba cari jalan untuk visi AlAqsa 2040. tibe2 kita terlibat dgn objective luar dari misi asal caprice.
“Tapi demi rakyat palestine, kita sanggup bersuara dan lawan organisasi yang menguna issue palestine untuk cuci duit.
“Bukti dari hasil insyaAllah. Dgn orang2 yang terlibat. Dgn rakyat palestine. Dari Gaza sampai Jerusalem. I will do my best for the ummah and Malaysia.
“Tentang syndicate cuci duit guna nama Palestine bertahun2 kita tengah kumpul semua bukti untuk @sprm.my @pdrmsia_official
“Tentang misi asal caprice, i will continue my mission and try my best to complete as much as i can before returning home for my family, my staff, my friends, and the people i miss.
“Walaupon sudah jelas ade kuasa luar biasa yang banyak kali cuba halangkan kebenaran di Malaysia dan Palestine, insyaAllah satu hari nanti kita semua akan bangkit dari sejarah gelap.
“Pahit untuk telan, tapi harus ditelan kalau kita betul2 nak kemajuan demi ummah dan negara kita.
“This might be my last posting… for a long time. Salam,”
Sebelum ini, Caprice bertolak ke Gaza, Palestin untuk memberi bantuan kemanusiaan terhadap para penduduk di sana yang terkesan dengan krisis di Palestin, dengan mengambil inspirasi daripada agamawan serta dermawan terkemuka negara, Ebit Lew yang melakukan perkara sama sebelumnya.
Dalam misi ini, beliau bersama dengan Ahli Parlimen Baling, yang bertindak sebagai ketua misi.
Walau bagaimanapun, Caprice didakwa mencetuskan isu tatkala mendedahkan teguran kepada Ebit Lew atas dakwaan mempergunakan gambar kanak-kanak miskin di sana untuk menguar-uarkan misi kemanusiaanya berdasarkan dakwaan penduduk Palestin.
Selain itu, beliau berkata bahawa rancangannya untuk memasuki Gaza bersama-samanya juga terhalang akibat “campur tangan luar”.
Isu ini mendapat perhatian seluruh negara termasuk ahli terutama negara dengan seruan agar perdamaian segera tercapai.
Walau bagaimanapun, Caprice sudah pun memohon maaf akibat isu itu, dengan menyatakan bahawa beliau “terlalu beremosi” terhadap situasi di Palestin, dan berkeputusan untuk meneruskan misi berseorangan sehingga kini.