Connect with us

Viral

“Iqa konvo hari ni” Gadis Ini Pakai Jubah Konvo di Kubur Ibu dan Ayah Sebelum Majlis

Siapa yang tidak gembira apabila tibanya hari konvokesyen yang dinanti-nanti selepas bertahun menimba ilmu.

Pastinya hari yang bahagia ini penuh bermakna jika dihadiri oleh orang tersayang terutamanya ibu bapa kita.

Namun berlainan dengan nasib gadis ini apabila kedua-dua ibu bapanya sudah pergi dahulu sebelum sempat melihatnya menerima skrol di hari konvokesyennya.

Mahasiswa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Lendu, Melaka ini menerima Anugerah Naib Canselor (ANC), hanya mampu menyambut hari pengijazahan bersama-sama abang, datuk, nenek serta ibu saudaranya.

Nur Haziqah Shapie, 22, berkata, dia kehilangan ibunya, Salina Adam, pada tahun 2016 ketika berada di semester pertama yang menyebabkan dirinya hilang semangat untuk meneruskan pelajaran.

Katanya dia tak sabar untuk tunjuk pada ibunya di mana dia sudah buat yang terbaik pada semester pertama.

Tapi ternyata Allah lebih sayangkan ibunya apabila terlebih dahulu dijemput menghadap Ilahi tanpa sempat melihat keputusan peperiksaanya.

Pada awalnya dia yang semakin hilang semangat untuk meneruskan pengajiannya sehinggakan memberitahu ayahnya,Shapie Mohd Saru, untuk berhenti belajar atau menangguhkan pengajiannya.

Menurut Haziqah, ayahnya selalu berpesan supaya dia menghabiskan pengajian hingga konvokesyen.

Walaupun ibu tiada, namun ayahnya berkata sekurang-kurangnya ayah boleh datang tengok.

Walaubagaimanapun ayahnya turut pergi beberapa minggu sebelum peperiksaan akhir.

Haziqah hanya mampu menangis dan terpaksa menerima kenytaan itu di samping meneruskan pengajiannya.

Berkat daripada kesungguhannya, Haziqah menerima Anugerah Naib Canselor dalam Istiadat Konvokesyen UiTM Melaka.

Katanya, kekuatan yang diberikan oleh Allah dengan sokongan dan dorongan kawan-kawan dan teman lelakinya.

Menurut Haziqah, dia sempat singgah di pusara ayah dan ibunya sebelum pergi ke dewan untuk majlis konvokesyen.


Baginya ibu dan ayah lah orang pertama yang dia mahu melihatnya dalam jubah konvo itu.

Semoga Haziqah teru berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburinya selepas ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.