Connect with us

Semasa

“Irfan, ni ibu,” 5 Bulan Terpisah Kerana COVID-19, Ibu Muda Sebak Kali Pertama Dukung Anak

“Irfan, ini adalah ibu”, merupakan ungkapan pertama seorang ibu bersama linangan air mata.

Seorang ibu apabila dapat memangku anak bongsunya di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Sadao, Songkhla semalam.

Lima bulan terpisah susulan pandemik COVID-19

Ibu muda Nurhalisa Jehawee, 18, mendukung bayi lelaki berusia lima bulan yang terpisah susulan penularan pandemik COVID-19 sekali gus menyebabkan penutupan sempadan Malaysia-Thailand.

“Saya sangat gembira. Akhirnya, dapat mendukung anak saya buat kali pertama selepas lima bulan”.

Terima kasih kerana sudi membantu

“Saya dan keluarga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membantu dan menderma kepada kami”.

“Ia membantu kami melangsaikan bil hospital dan membawa pulang Irfan ke pangkuan kami,” katanya kepada Astro Awani.

Difahamkan, hasil bantuan dan derma orang ramai, Nurhalisa yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Kajang dan suaminya Muhammad Tifyoleah, 28, berjaya mengumpul wang untuk menyelesaikan bil hospital termasuk kos bersalin berjumlah hampir RM30,000.

Irfan dilahirkan ketika berusia tujuh bulan

“Irfan dilahirkan ketika kandungan ibunya berusia tujuh bulan di Hospital Kajang pada 27 Feb lepas”.

Namun, pasangan ini terpaksa meninggalkan Irfan yang ketika itu di bawah pemantauan doktor, untuk memperbaharui visanya dan suami yang tamat tempoh pada 18 Mac lepas.

Susulan COVID-19 dan penutupan pintu sempadan Malaysia-Thailand, pasangan itu tidak dapat kembali semula ke Malaysia untuk mengambil anak bongsu mereka di Hospital Kajang.

Irfan diiringin dua jururawat dari Hospital Kajang

Irfan diiringi dua jururawat dari Hospital Kajang bertolak pada pukul 8.45 malam tadi dan tiba di CIQ Sadao pada pagi ini, kemudiannya dibawa ke Hospital Pattani untuk pemeriksaan lanjut.

Bayi berkenaan akan menjalani kuarantin wajib bagi warga Thai yang pulang dari luar negara.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kegembiraan apabila kasih ibu dan anak kembali berpaut setelah lima bulan terpisah.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.