Setelah 10 tahun menanti, pasangan selebriti Indonesia Irwansyah dan Zaskia Sungkar berkongsi berita gembira apabila bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Kegembiraan dan keterujaan menungga kedatangan cahaya mata jelas kelihatan di raut wajah pasangan ini.
Irwansyah dan isteri mahu menaja dua pasangan membuat rawatan IVF
Menerusi perkongsian laman sosial Instagram, Irwansyah berkongsi program ‘bayi tabung bersama Syahki’ hasil kolaborasi klinik Morula Jakarta dan Bandung untuk mencari dua pasangan untuk menjalani rawatan rawatan kesuburan persenyawaan in-vitro (IVF).
Perjuangan 10 tahun untuk bertemu buah hati
“Beragam usaha, berbagai rintangan dan perjuangan yang telah dilakukan selama 10 tahun kami menikah untuk bertemu buah hati”.
“Akhirnya kami diberikan kebahagiaan dan rahmat oleh Allah SWT, alhamdulillah akan ada malaikat kecil yang hadir ditengah keluarga kami”.
Kami ingin berbagi bahagia bersama 2 pasangan pejuang dua garis
“Irwan dan aku sangat bersyukur sekali, ini menjadi hadiah yang luar biasa ditahun ini”.
“Sebagai wujud kebahagiaan dan rasa syukur, kami ingin berbagi bahagia untuk 2 (dua) pasangan pejuang dua garis”.
Program ini menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi
“Menjalani program kehamilan Bayi Tabung di Morula IVF Indonesia tempat Irwan dan aku menjalani program kehamilan”.
Difahamkan, program ini turut menetapkan beberapa syarat untuk dipatuhi antaranya pasangan mestilah tidak melebihi 33 tahun, belum memiliki zuriat dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Zakia disahkan hamil September lalu selepas menjalani rawatan IVF
Pada September lalu, penantian cahaya mata pasangan ini selama 10 tahun berakhir apabila Zaskia disahkan hamil selepas menjalani rawatan IVF.
Usia kandungannya kini memasuki bulan kelima. Terdahulu, Irwansyah dan Zaskia telah mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut tertarik dengan program yang dianjurkan oleh pasangan ini.
Selain itu, rata-rata komen turut menitipkan doa buat pasangan ini semoga ibu dan bayi sentiasa berada dalam keadaan sihat.