Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.
Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Namun, setiap orang pasti akan merasai pemergian orang yang kita sayang dan cintai.
Tambahan pula, apabila pasangan itu pergi buat selamanya, sudah tentu akan meninggalkan detik terburuk dalam hidup kita.
Sebagai hamba-Nya, kita perlu redha dengan ketentuan yang sudah tertulis.
Sama seperti situasi yang dialami oleh seorang wanita ini yang kehilangan suami tercinta.
Wanita yang dikenali sebagai Jue ini baru selesai tiga hari berpantang dan duji dengan mendapat khabar buruk di mana suaminya telah meninggal dunia.
Menerusi perkongsian di laman Tiktok, Jue telah membuatkan wargamaya sebak dah kini trending di tiktok kerana video pendek yang dikongsikan di laman tiktok telah mendapat perhatian ramai.
Lagi menambah rasa pilu, pasangan suami isteri ini baru sahaja bergelar ibu dan bapa kepada bayi yang sangat comel.
Walau bagaimanapun, punca suaminya meninggal dunia masih tidak diketahui sehingga ke saat ini.
Malah, Jue juga sempat berkongsi beberapa video dan gambar kenangan bersama suaminya sebelum meninggal dunia.
Di dalam video tersebut, juga menampakkan arwah suaminya sangat prihatin untuk menguruskan anak mereka ketika isterinya di dalam pantang.
Video tular di laman Tiktok:
“Terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih”
@jueazur terima kasih pada yang mendoakan arwah suami saya.. semoga doa itu di angkat Allah swt.. semoga syurga buat suami saya.. esok jumaat 1/4 genap 29 hari dia pergi.. Allah syg sebab tu Allah uji.. terima kasih 🙏🏼 #fyp #fypシ ♬ suara asli – musicstory._
“Arwah suami saya meninggal 3 hari lepas saya hbis pantang..”
Ketika artikel ini di tulis, video tersebut telah meraih lebih 700K tontonan, 49K tanda suka, dan 872 komen di laman TikTok.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata warga netizen meluahkan rasa simpati dan mEngucapkan taksiah buat Jue sekeluarga.
“semoga awk kuat..suami sy meninggal masa sy pregnant 7bln bln 1 hr tu, tggu zuriat 10thn tp arwah x sempat tgk anknya“
“Nama arwah suami sis , sama dengan nama suami saya . Salam takziah sis , smoga terus kuat pada hari yg akan dtg”
“Al-fatihah (dibaca) Salam Takziah…semoga puan sekeluarga tabah dengan ujian Allah.”
Kepada semua pembaca yang beragama Islam, marilah kita sama-sama mengangkat tangan untuk menghadiahkan Al-Fatihah kepada arwah suaminya dan doakan semoga suaminya tenang serta ditempatkan bersama orang-orang beriman.
Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.