Hari ini kita mendengar khadar duka dari Jakarta apabila salah seorang penyanyi popular negara jiran ini Glenn Fredly meninggal dunia pada hari ini.
Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, atau lebih dikenali sebagai Glenn Fredly, meninggal dunia pada hari ini, Rabu, 8 April 2020, pada jam 6 petang waktu tempatan lapor Astro Awani.
Turut popular di Malaysia
Penyanyi Indonesia ini juga turut popular di negara kita Malaysia dan mempunyai ramai peminat di kalangan pendengar Malaysia.
Mendiang yang lahir pada 30 September 1975 ialah seorang penyanyi dan penulis lagu Indonesia.
Difahamkan, Mendiang dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya pada di usianya yang ke-44 tahun. Khabar duka itu dimaklumkan rakan rapat beliau yang juga penyanyi, Tompi.
Menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Jakarta
Media Indonesia melaporkan Glenn meninggal dunia di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta, akibat meningitis.
Terdahulu, Glenn berkahwin dengan bintang dangdut, Ayu Mutia tahun lalu dan baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka, Februari lalu.
Apa yang lebih menyentuh hati, pasangan ini baru sahaja menerima seorang cahaya mata baru sekitar Februari tahun ini.
Popular dengan lagu Januari
Menerusi posting di laman Instagram mendiang, posting terakhirnya adalah ucapan Ulang Tahun kelahiran isterinya.
Mendiang melibatkan diri dalam industri muzik republik itu selepas memenangi pertandingan nyanyian pada tahun 1995, pada tahun 2009 beliau telah mengeluarkan lebih daripada 10 album.